KWSP beri kebenaran khas untuk buat pengeluaran jika ada 9 perkara ini

[bg_collapse view=”button-orange” color=”#4a4949″ expand_text=”Tags” collapse_text=”Hide” ]KWSP beri kebenaran khas untuk buat pengeluaran jika ada 9 perkara ini kwsp kwsp login i akaun kwsp kwsp i sinar i sinar kwsp kwsp online i citra kwsp kwsp i akaun isinar kwsp www kwsp gov my[/bg_collapse]

 

KWSP beri kebenaran khas untuk buat pengeluaran jika ada 9 perkara ini. Berbicara mengenai isu ini, anda pastinya sedia maklum bahawa setiap bulan caruman yang anda dapat akan dibahagikan kepada nisbah 70:30 yang mana 70% akan disalurkan ke Akaun 1 dan baki 30% dibahagikan kepada Akaun 2.

Walaupun anda tak digalakkan untuk usik wang simpanan persaraan, KWSP turut memberi kelonggaran untuk korang buat pengeluaran bagi tujuan tertentu yang urgent dengan syarat-syarat tertentu.

KWSP benarkan Pengeluaran Sebahagian untuk 9 tujuan ni:

KWSP beri kebenaran khas untuk buat pengeluaran jika ada 9 perkara ini

Bina Rumah

Korang boleh keluar duit dari Akaun 2 untuk tujuan ni. Pilih sama ada nak buat Pengeluaran Individu atau Pengeluaran Bersama Pasangan/Ahli Keluarga.

Perumahan Fleksibel

Untuk tujuan ni, pengeluaran korang boleh menguatkan lagi had kelayakan bagi mendapatkan pinjaman perumahan dari institusi kewangan. Sebahagian dari simpanan di dalam Akaun 2 akan diketepikan untuk korang punya Akaun Pinjaman Perumahan Fleksibel.

Kesihatan

Ahli yang menghadapi masalah kesihatan dibenarkan membuat pengeluaran daripada Akaun 2 bagi membiayai kos perubatan penyakit kritikal dan/atau peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan serta rawatan kesuburan.

Selain diri sendiri, mereka yang layak dibiayai termasuklah mak ayah korang (kandung, angkat, tiri, mentua), pasangan, adik-beradik (kandung), dan anak-anak (kandung, angkat, tiri).

Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan

Bukan senang tau nak bayar ansuran bulanan, terutama mereka yang banyak komitmen. At least simpanan yang ada dari Akaun 2 sedikit sebanyak boleh bantu korang bayar ansuran bulanan bagi tempoh enam bulan atau sehingga masalah kewangan korang selesai.

KWSP beri kebenaran khas untuk buat pengeluaran jika ada 9 perkara ini

Haji

Ahli beragama Islam yang merancang untuk mengerjakan ibadat haji boleh menggunakan simpanan Akaun 2 sebagai tambahan kepada simpanan di Lembaga Tabung Haji (LTH) sebagai perbelanjaan.

Pendidikan

Ahli boleh memilih untuk mengeluarkan simpanan daripada Akaun 2 bagi membantu membiayai pendidikan sendiri, pasangan (suami/isteri), anak-anak dan/atau ibu bapa di institusi dalam dan luar negara yang diluluskan.

Mengurang/Menyelesaikan Baki Pinjaman

Korang boleh buat pengeluaran daripada Akaun 2 untuk mengurang/menyelesaikan baki pinjaman perumahan atau memberi bantuan pembiayaan kepada pasangan.

KWSP beri kebenaran khas untuk buat pengeluaran jika ada 9 perkara ini

Perumahan PR1MA

Korang boleh gunakan simpanan semasa dan juga simpanan kemudian hari untuk dapatkan rumah PR1MA korang yang pertama!

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.

Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahala berpanjangan.

Like & Follow Niaga Kini untuk lebih banyak info terkini mengenai perniagaan, isu semasa, kerjaya, bantuan & keusahawanan.

Sumber: KWSP, Digital Mukmin

BACA:

Rupanya ini sebab Ifa Raziah terpaksa pasang lima bodyguard

Cara mudah pindah wang ASB ke bank lain yang ramai tak tahu

Mawar Karim didakwa lari bayar hutang RM720,000, mungkin ada risiko bankrap