Lagi PMX perlu memperbetul kesilapan pemimpin lepas, kali ini rundingan Singapura pula

Lagi PMX perlu memperbetul kesilapan pemimpin lepas, kali ini rundingan Singapura pula. Perdana Menteri Anwar Ibrahim meminta Peguam Negara Idrus Harun meneliti semula isu tuntutan Batu Puteh.

Anwar mahu rundingan lebih bermakna dengan Singapura berhubung isu berkenaan, menurut Bernama.

“Kita meminta peguam negara memberi penjelasan tentang kontroversi tuntutan Batu Puteh yang sekarang dipindahkan ke Singapura oleh ICJ (Mahkamah Keadilan Antarabangsa) dan beberapa kesan sampingan juga kita minta diteliti semula, dikaji supaya ada rundingan yang lebih bermakna dan segera dengan Singapura.

“Supaya tidak ada apa-apa masalah berbangkit dari sudut hubungan dua negara sahabat,” katanya pada sidang media.

Pada Oktober, perdana menteri ketika itu, Ismail Sabri Yaakob, berkata Jemaah Menteri diberitahu kemungkinan berlaku kecuaian dan kekhilafan oleh bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad, terhadap tuntutan kes Batu Puteh.

Ismail berkata, Jemaah Menteri dimaklumkan oleh pasukan petugas khas dalam kes itu bahawa Mahathir mungkin membuat kesilapan untuk tidak meneruskan permohonan semakan dan pentafsiran penghakiman pada 11 Jun 2018 melibatkan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.

Katanya, Jemaah Menteri bersetuju meneruskan tindakan perundangan di ICJ untuk kes itu hasil cadangan daripada pasukan petugas khas.

BACA JUGA:

Pantau masa skrin anak-anak antara pesan doktor, cuti sekolah biarlah ayah ibu manfaat sebaiknya

Lelaki berdepan penjara 40 tahun dan 32 sebatan, merogol anak buah yang seorang OKU

Puteri Reformasi, Nurul Izzah beri ucapan syahdu buat ayah tercinta PMX