Lama berdiam diri, akhirnya Faisal Halim keluar kenyataan ini

Pemain Selangor FC dan pemain kebangsaan, Faisal Halim dilapor bakal tampil buat kali pertama selepas menjadi mangsa simbahan asid yang menggemparkan negara pada bulan lepas.

Menurut portal Stadium Astro, satu sidang media bagi berkongsi perkembangan terkini beliau dijangka akan berlangsung pada Khamis.

Insiden menimpa Faisal Halim mengemparkan negara

Lama berdiam diri, akhirnya Faisal Halim keluar kenyataan ini

Terdahulu, Faisal Halim dilaporkan menjadi mangsa simbahan asid dalam satu kejadian di Damansara, pada 5 Mei lalu.

Faisal kemudian telah dikejarkan ke sebuah hospital swasta untuk menerima rawatan termasuk menjalani beberapa siri pembedahan.

Pada mulanya tahap kelecuran yang dihadapi Faisal berada pada tahap dua, namun tindak balas yang kuat mengakibatkan tahap kelecuran pada badan pemain itu meningkat kepada tahap empat.

Berdasarkan laporan media, tonggak utama Selangor FC dan sayap lincah kebangsaan itu dilapor mengalami kecederaan termasuk pada bahagian badan, tangan dan muka.

Ekoran kejadian itu, pasukan kebangsaan terpaksa menerima hakikat perlu melupakan khidmat Faisal Halim untuk baki saingan kelayakan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia/Piala Asia.

Malah, Selangor FC juga selepas itu turut mengambil keputusan untuk menarik diri daripada Perlawanan Sumbangsih bagi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah.

Faisal Halim dijangka jumpa media, kongsi perkembangan terkini

Insiden yang menimpa Faisal turut memberi kesan mendalam kepada seluruh negara, terutama sekali dalam kalangan peminat bola sepak tempatan di media sosial.

Malah, kempen #StopTheViolence dan #StandWithFaisalHalim yang dimulakan oleh Selangor FC turut menjadi tular dan disambut oleh warganet.

Kedua-dua tanda pagar berkenaan banyak digunakan dalam hantaran-hantaran yang dibuat di media sosial.

Bukan itu sahaja, kempen ini turut disambut oleh beberapa komuniti bola sepak di luar negara, khususnya dalam kalangan negara-negara tetangga.

Paling diingati tentunya hantaran menggunakan tanda pagar itu yang dibuat oleh kelab gergasi Bundesliga, Borrusia Dourtmund.

BACA: Bengang ayam jiran berkokok awal 7 pagi, ini yang lelaki ni buat