Dekat-dekat nak raya ni, segala jenis barangan dan perkakasan yang nak digunakan untuk membuat pelbagai makanan dan kuih-muih pastinya dicari. Salah satunya adalah penapis makanan.
Mungkin ramai yang sudah tahu fungsi penapis ini adalah untuk mengasingkan ketulan atau bendasing yang terdapat di dalamnya serbuk atau cecair seperti habuk-habuk, semut dan banyak lagi. Dengan penggunaan penapis ini, ia meningkatkan tekstur makanan serta kadar hasilnya.
Penapis ini juga mempunyai pelbagai saiz bermula dari saiz kecil hingga besar. Sebagai contoh, jika menuang air teh atau kopi, kita cenderung menggunakan penapis bersaiz permukaan cawan sahaja.
Manakala untuk kegunaan barangan memasak seperti tepung, santan dan sebagainya, orang ramai lebih memilih untuk menggunakan penapis yang lebih besar untuk menampung dari segi kuantiti.
Kebiasaannya, rupa paras penapis ini berbentuk bulat dan pada bahagian bawah pula adalah pemegangnya.
Tapi perasan atau tidak pada bahagian atas penapis tersebut mempunyai satu lagi lubang kecil. Umumnya, ramai yang menggunakannya sebagai untuk menggantungkan penapis ini.
Tahukah anda sebenarnya ia terdapat fungsi lain selain daripada menyangkut penapis? Nak tahu dengan lebih lanjut, mari ikuti perkongsian pemlik akaun TikTok @jason_jezi di bawah.
Fungsi Ruang Atas Penapis
Menurut lelaki yang dikenali sebagai Jason, dia memaklumkan lubang kecil pada penapis tersebut juga berfungsi sebagai ‘penahan’ jika pengguna tidak memegang penapis.
Dalam klip tersebut, dia meletakkan penapis tersebut di atas sebuah mangkuk sebelum menuangkan cecair ke dalam mangkuk.
@jason_jezi Rupanya ada guna lain lubang ni#tiktokguru #jombelajar #ttsboleh #jezismart #tips ♬ original sound – Icahfa shop
Menariknya, lelaki itu, menggunakan sudu yang dimasukkan ke dalam ruang kecil pada atas penapis. Ia bertindak sebagai ‘penahan’. Menerusi langkah ini, anda dapat tidak lagi perlu memegang penapis sewaktu menuang ke dalam penapis.
Dia turut memaparkan perbandingan video jika tidak meletakkan sudu pada ruang kecil penapis tersebut.
Baca juga: Nasib baik orang tempatan tegur, memang air terjun ni berpuaka dan makan nyawa