Langit di Dubai bertukar hijau, tanda kiamat besar ke ni?

Beberapa hari ini, dunia dikejutkan dengan banjir besar yang melanda Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE). Peristiwa ini kini direkodkan sebagai salah satu kejadian alam terburuk yang pernah dirakamkan oleh negara Timur Tengah tersebut.

Kini, langit di Dubai telah berubah menjadi hijau ketika cuaca buruk melanda. Fenomena aneh ini dilaporkan berlaku ketika masih siang dan telah menggelapkan beberapa kawasan di sana.

Mengutip laporan Kosmo!, fenomena aneh ini seolah-olah seperti adegan dalam filem sains fiksyen dan telah mengejutkan penduduk tempatan.

Langit di Dubai bertukar hijau, tanda kiamat besar ke ni?

Walaupun beberapa kawasan menjadi gelap pada waktu siang, beberapa penduduk terpesona oleh pemandangan langit yang berwarna hijau.

Seorang saksi telah menulis di platform X: “Saya jarang memuat naik video tetapi langit di sini berubah hijau hari ini (Selasa lepas) dan kelihatan sangat menakutkan seperti dalam filem sains fiksyen.”

Menurut sumber, fenomena langit hijau ini adalah kejadian yang jarang berlaku selepas cuaca buruk dan ianya dianggap unik oleh sesetengah pihak.

Baca juga: Atok tua lepas nafsu dekat rider hantar makanan, cium siap jilat pipi