Langkah Dubai gagal, Pembangkang boleh bawa usul undi tak percaya di parlimen Aprill ini

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, dengan tegas menolak dakwaan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari, yang menyatakan bahawa tidak ada jaminan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan diterima oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.

Fahmi, yang juga merupakan jurucakap Kerajaan Perpaduan, menyatakan bahawa Perdana Menteri sebelum ini telah mencabar dua kali mengenai perkara tersebut.

Beliau juga menyatakan kesediaan untuk mengurangkan tempoh notis dari dua minggu kepada tiga hari, jika pembangkang mempunyai undi tidak percaya yang mencukupi.

Langkah Dubai gagal, Pembangkang boleh bawa usul undi tak percaya di parlimen Februari ini

“Tidak benar. Mungkin Ahli Parlimen Pasir Mas sudah lupa atau malas nak ingat,” ujar Fahmi dalam satu hantaran di laman X hari ini.

Fahmi turut menyertakan dua laporan akhbar yang bertarikh pada Mei dan Julai 2023 sebagai bukti untuk menolak dakwaan Ahmad Fadhli yang dianggap tidak berasas.

Sebuah portal sebelum ini melaporkan bahawa Ahmad Fadhli mendakwa tiada jaminan usul tidak percaya akan diterima untuk dibahas dan diundi, berdasarkan fakta beberapa usul sebelum ini telah ditolak tanpa pertimbangan.

“Usul tidak percaya bukan satu-satunya kaedah untuk menukar kerajaan, malah tidak pernah berlaku di negara ini,” tegas Ahmad Fadhli.

Kenyataan Ahmad Fadhli ini datang selepas kenyataan Anwar yang menyatakan bahawa pembangkang tidak mempunyai kekuatan yang mencukupi di Dewan Rakyat untuk menjatuhkan kerajaan, termasuk membawa usul tidak percaya terhadapnya sebagai Perdana Menteri.

Anwar juga menekankan bahawa Kerajaan Perpaduan telah memberi peluang kepada pembangkang untuk membuat usul tidak percaya, namun langkah tersebut tidak pernah diambil oleh mereka sejak setahun lalu.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, menyatakan bahawa sokongan terhadap seorang Perdana Menteri sepatutnya diputuskan melalui undi percaya di Dewan Rakyat dan tidak sepatutnya bergantung kepada Akuan Bersumpah (SD).

Beliau mengomentari laporan penulis blog, Raja Petra Kamaruddin, yang mendakwa pembangkang telah mendapatkan kira-kira 120 SD untuk menjatuhkan pentadbiran Anwar.

Baca Juga : Netizen terkejut anak usahawan kosmetik nak beli Brabus macam beli baju