Satu kajian yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik mendedahkan, berlaku fenomena kehilangan lapisan ais di tasik besar Antartika secara tiba-tiba sewaktu musim sejuk 2019.
Penyelidik dari Universiti Tasmania, Australia mengatakan, lapisan itu itu hilang dari Amery Ice Sheft yang merupakan bongkah ais ketiga terbesar di Antartika.
Ketua penyelidik terbabit, Roland Warner berkata, fenomena itu menyebabkan sebanyak 600 juta meter hingga 750 juta meter padu air di tasik berkenaan mengalir ke laut. Katanya, jumlah itu bersamaan dengan dua kali ganda jumlah air yang terdapat di Teluk San Diego, California, Amerika Syarikat (AS).
“Kami percaya berat air yang terkumpul di tasik membuka jurang di lapisan ais. Ini satu proses dikenali hidro fraktur menyebabkan air mengalir ke lautan luas,” jelasnya yang juga merupakan seorang ahli glasiologi.
Dalam pada itu, ahli glasiologi di Scripps Institution of Oceanography, San Diego, Helen Amanda berkata, fenomena itu menunjukkan tentang perincian proses yang berlaku pada bahagian lapisan ais.
“Ais di permukaan lapisan berlaku keruntuhan. Ini menjadikan kenaikan paras laut ketika lapisan ais yang ada di bumi semakin mencair,” ujarnya.