Larangan jualan arak di kedai runcit dan serbaneka diketahui 30 Okt – Shahidan

Larangan jualan arak di kedai runcit dan serbaneka diketahui 30 Okt – Shahidan

Tarikh untuk menguatkuasakan larangan menjual minuman keras di kedai ubat cina, runcit dan serbaneka akan diputuskan 30 Okt ini, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Shahidan Kassim.

Setakat ini, katanya, perbincangan masih diadakan untuk mencapai kata sepakat daripada semua pihak terbabit sebelum penguatkuasaan dilaksanakan.

Beliau berkata, penangguhan selama sebulan itu bertujuan memberi ruang kepada pengeluar, penjual, pembeli serta majlis perwakilan penduduk (MPP) mengemukakan pandangan mereka.

Larangan jualan arak di kedai runcit dan serbaneka diketahui 30 Oktober

Larangan menjual minuman keras di kedai ubat Cina, runcit dan serbaneka di Kuala Lumpur sepatutnya dikuatkuasakan mulai 1 Okt lalu.

“Tujuan kita tangguh adalah untuk mendapatkan persetujuan bersama daripada pihak terlibat, kita tidak mahu membuat keputusan yang merugikan mana-mana pihak,” katanya selepas perasmian majlis penyerahan kunci Residensi Desa Satumas.

Beliau berkata, setiap pandangan akan diambil kira bagi membolehkan persetujuan dan pendekatan terbaik dibuat.

“MPP semua 100% minta tidak dibenarkan arak dijual di kedai runcit, pada masa sama, pihak pembekal dan pengeluar juga ada memberi alasan mereka. Kalau kita bincang dengan cara elok, kita boleh selesaikan perkara ini.”

Awal bulan ini, Shahidan dilaporkan berkata, jumlah Garis Panduan Lesen Minuman Keras (LMK) yang diluluskan sebelum ini mencukupi, tetapi penguatkuasaan undang-undang perlu dilaksanakan kerana penjualan minuman keras secara terbuka adalah tidak wajar.

Pada 16 Nov 2020, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mengumumkan larangan menjual minuman keras di kedai ubat Cina, runcit dan serbaneka di ibu negara tidak dibenarkan mulai 1 Okt 2021, sebelum ia mengumumkan penangguhan selama sebulan untuk memuktamadkan kajian mengenainya pada 30 Sept lalu.

BACA JUGA :
[VIDEO] Prank mahu tampar orang awam, Youtuber diburu polis
Pelakon dan pengarah ditangkap salah guna dadah
Kajian dedah wanita berumur 53 tahun paling menikmati hubungan intim