LARIS! : Filem ‘Soft Porn’ Malaysia, ‘PULAU’ Berjaya Di Kemboja, Peroleh Kutipan Tertinggi Bagi Filem Negara Ini

Walaupun dilanda dengan pelbagai kontroversi, filem Pulau nampaknya mendapat perhatian penonton di Kemboja sehingga berjaya mendapat kutipan sebanyak RM700,000 sejak ditayangkan pada Jun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) WebTVAsia, Fred Chong menyifatkan kejayaan itu satu pencapaian sangat membanggakan untuk mereka serta industri filem tempatan secara khususnya.

Menurut Fred, peluang mereka untuk mengedarkan filem itu di sana terbuka selepas beliau menghadiri Festival Filem Antarabangsa Kemboja 2023, baru-baru ini.

Tambah beliau lagi, pihaknya sangat berpuas hati dengan kejayaan filem tersebut di negara berkenaan dan ia terbukti filem tempatan mampu berdiri setanding dengan filem antarabangsa.

Baca : ‘Selfie’ Gambar Berbikini-Netizen ‘Sekolahkan’ Nur Sajat

Susulan kejayaan itu, Fred memberitahu Pulau kini adalah karya Malaysia pertama dengan kutipan tertinggi di Kemboja.

Tidak hanya itu, Pulau juga memegang rekod kutipan hari pertama, hujung minggu pertama sehingga ketiga bagi filem Malaysia di negara Kemboja.

Kejayaan filem tersebut telah membuatkan pihak Fred merancang untuk menerbitkan sekual Pulau 2 melibatkan sesi uji bakat pelakon Asia Tenggara.

Mereka rancang untuk mengadakan sesi uji bakat di luar negara dan mungkin penggambaran akan dilakukan di Indonesia kerana di sana memiliki pulau yang cantik selari dengan tema filem ini.

Untuk rekod di Malaysia, filem Pulau berjaya mendapat kutipan sebanyak RM3.4 juta walaupun ada sekatan tayangan di Terengganu kerana mempunyai adengan tidak sopan.

Baca Selanjutnya :

Tak Berhias Dan Hanya Berpurdah, Inara Rusli Mengaku Mungkin Itu Punca Bekas Suami Cari Perempuan Lain

Ramai yang komen lucah selepas Azira ‘De Fam’ tayang body pakai baju seksi