‘Lawan kamu bukan Mizz Nina tapi saya’

Suami kepada aktivis kemanusiaan Mizz Nina, Essam Muhammad, memberikan jawapan berhubung nama sebenar anak angkat mereka, Musa, yang sebelum ini didedahkan oleh penyanyi, Noh Salleh, 39.

Essam menegaskan bahawa nama Musa yang dikatakan oleh Noh adalah tidak benar, namun mereka enggan mendedahkan nama sebenar Musa untuk melindungi identiti dan maklumat peribadi anak tersebut daripada umum.

Essam menekankan bahawa isterinya, Mizz Nina, mempunyai dokumen hak penjagaan yang sah, dan tidak seorang pun anak patut diambil daripada penjaga tanpa kebenaran daripada penjaganya yang sah.

'Lawan kamu bukan Mizz Nina tapi saya'

Essam juga mengkritik tindakan Noh kerana mendedahkan nama sebenar ibu kandung Musa melalui kenyataan permohonan maaf, yang menurutnya adalah memalukan dan tidak beretika.

Essam juga meminta Noh untuk berhubung dengannya jika ingin berkomunikasi dengan ahli keluarga termasuk Mizz Nina, serta menegaskan ketersediaannya untuk berkomunikasi melalui media sosial secara terbuka.

Prosidur sulh dalam kes penjagaan penuh bagi anak angkat Mizz Nina, Musa, tidak berjalan lancar, disebabkan Nina menarik balik kes tersebut. Essam mewakili Mizz Nina dalam prosiding tersebut.

Mizz Nina sebelum ini mendakwa bahawa Noh membawa keluar Musa tanpa kebenaran dan pengetahuannya, yang menyebabkan kesan emosi kepadanya sebagai ibu susuan Musa.

Walau bagaimanapun, Noh telah membuat permohonan maaf secara terbuka selepas dituntut oleh ibu kandung Musa, Athira.

Baca Juga : Ingatkan suka-suka conteng muka sekali rupanya ini hal sebenar terjadi