Lebih RM100,000, wang bantuan awal persekolahan disyaki disamun

Lebih RM100,000, wang bantuan awal persekolahan disyaki disamun. Wang bantuan awal persekolahan berjumlah lebih RM100,000 yang diperuntukkan untuk sebuah sekolah di Beranang, di sini, disyaki disamun penjenayah pada Isnin.

Wang dipercayai dikeluarkan dari sebuah bank oleh pengetua sekolah berkenaan di Pekan Semenyih pada jam 10 pagi itu sepatutnya diagihkan kepada pelajarnya pada Selasa.

Sejurus mengeluarkan wang berkenaan, dia menuju ke arah kenderaannya yang terletak kira-kira 30 meter dari bank.

Difahamkan wang berkenaan diletakkan di bawah kerusi penumpang hadapan. Dia kemudian ke kedai makanan bersebelahan bank untuk membeli minuman.

Namun sebaik tiba semula di kenderaannya, didapati cermin penumpang telah pecah dan wang telah hilang.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

BACA JUGA :

Kerjasama HQE2, UMS dalam melakukan pembedahan otak pesakit sedar penuh berjaya

Elak diri dari berlaku curang, sentiasa ingat pengorbanan seorang isteri

PM Anwar tegaskan pejawat awam perlu berani lapor salah laku pihak atasan

COMMENTS

Wordpress (2)
  • […] Lebih RM100,000, wang bantuan awal persekolahan disyaki disamun […]

  • […] Lebih RM100,000, wang bantuan awal persekolahan disyaki disamun […]