Di Bengaluru, India, seorang bayi perempuan berusia lapan bulan disahkan maut selepas terkena renjatan elektrik.
Memetik laporan Gulf News, bayi yang bernama Sanidhya Kalgutkar itu dipercayai maut selepas mengunyah wayar pengecas mudah alih.
Pihak polis berkata pengecas mudah alih itu dibiarkan dalam keadaan ia masih bersambung pada soket tanpa dimatikan suis.
Pada awalnya, bayi berkenaan memegang dan mengunyah pin wayar pengecas itu sebelum maut akibat terkena renjatan elektrtik.
Susulan perkara itu berlaku, ahli keluarga dengan pantas membawa Sanidhya ke hospital daerah namun, pihak hospital gagal untuk menyelamatkan mangsa.
Pihak polis kini membuka kertas siasatan dan menjalankan siasatan lanjut berhubung kematian mangsa.
Baca Selanjutnya :
- SEBAK! Warganet Terharu Lihat Wanita India Suap Wanita Melayu Di Hospital Makan
- “Jangan Cepat Jatuhkan Hukum”-Lepas Ditegur, Fizz Fairuz Jemput PU Syed Pulak Datang Tonton Sendiri Filem ‘Mat Tudung Begins’
- Polis Sahkan Menteri Komunikasi Tak Berkempen Dalam Masjid, Penyebar Maklumat Pula Bakal Disiasat