Lelaki 50-an kemalangan maut di Jalan Tenom-Keningau

Lelaki 50-an kemalangan maut di Jalan Tenom-Keningau. Seorang lelaki maut selepas dirempuh dua kenderaan di Jalan Tenom-Keningau kira-kira jam 8.30 malam di sini kelmarin.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah berkata mangsa berumur dalam lingkungan 50-an itu disahkan meninggal dunia serta merta di lokasi kejadian oleh pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Katanya sepasukan pegawai serta anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambunan digerakkan ke lokasi sebaik mendapat panggilan kecemasan pada jam 8.46 malam.

“Kemalangan melibatkan seorang lelaki berusia dalam lingkungan 50-an yang dilanggar oleh dua kenderaan.

“Pasukan Bomba bertindak mengangkat mangsa dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Menurutnya, pasukan bomba turut melakukan kerja-kerja pembersihan di sekitar lokasi sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 9.22 malam.

BACA JUGA :

Bom lama ditemui di Yong Peng adalah Bom Perang Dunia Kedua

Tze Yong tewas di tangan Kodai Naraoka, menyebabkan dia tersingkir

Pembahagian kerusi PN untuk PRN akan datang diselesaikan segera

COMMENTS

Wordpress (2)
  • […] Lelaki 50-an kemalangan maut di Jalan Tenom-Keningau […]

  • […] Lelaki 50-an kemalangan maut di Jalan Tenom-Keningau […]