Lelaki acah-acah kaya pakai kereta sewa tipu 6 janda di aplikasi cari jodoh

Lelaki acah-acah kaya pakai kereta sewa tipu 6 janda di aplikasi cari jodoh

Ketika ini, boleh dikatakan ramai masih menggunakan aplikasi cari jodoh untuk mencari pasangan. Akan tetapi, anda seharusnya berhati-hati agar tidak menjadi mangsa penipuan.

Menurut laporan, seorang lelaki berusia 28 tahun dari Garut, Jawa Barat telah ditahan polis selepas tindakannya menipu 6 orang janda dengan menggunakan aplikasi cari jodoh terbongkar.

Pelaku tersebut bernama Yandi mengambil masa sebulan untuk mendekati mangsa-mangsanya. Yandi memberikan janji manis kepada mangsa dan juga mengajak melakukan hubungan seks serta meminta wang dengan alasan perlukan modal kerja.

Lelaki acah-acah kaya pakai kereta sewa tipu 6 janda di aplikasi cari jodoh

Difahamkan, pelaku telah menukar nama beberapa kali, bermula dengan Reski, Ferizal, Helski, Roni serta Jayadi, dan hanya mahukan harta mangsanya. Menurut Ketua Polis Semarang, Irwan Anwar berkata bahawa pelaku mengaku bekerja di sebuah syarikat minyak dan kemudian dia mendapat kereta sewa dan berpura-pura kaya.

Malah, pelaku turut meminta wang kepada mangsa dan ada juga yang menyerahkan 80 juta rupiah (RM23,300) serta wang sewa kereta itu sebenarnya diperoleh daripada mangsa. Kesemua mangsa adalah janda muda yang kaya dan Yandi yang ditangkap pada 1 September lalu didakwa dengan Artikel 378 Kanun Jenayah atas penipuan serta berdepan hukuman penjara hingga empat tahun.

Berita Penuh : https://www.thevocket.com/guna-kereta-sewa-dan-berlakon-kaya-lelaki-ini-didakwa-tipu-6-janda-menerusi-aplikasi-cari-jodoh/

BACA JUGA :
Zul Yahya kongsi cerita dulu gaji RM10-20 ribu sebulan, tapi tak pernah cukup..
Ini 14 tips mudah lulus loan bank untuk peniaga kecil
Bekas ejen FBI dedah rancangan Al-Qaeda, mahu serang Israel hingga hancur

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )