Lelaki Arab Saudi nekad lamar bila dia mengetahui Amber Heard kena buli dan dibenci

Lelaki Arab Saudi nekad lamar bila dia mengetahui Amber Heard kena buli dan dibenci. Seorang lelaki Arab Saudi menawarkan diri untuk berkahwin dengan aktres terkenal Hollywood, Amber Heard menerusi Instagram baru-baru ini.

Lamaran lelaki dibuat menerusi satu rakaman suara dalam bahasa Arab dan dia berjanji akan memenuhi hidup pelakon tersebut dengan kegembiraan.

Dalam rakaman itu, dia menyatakan tentang keputusannya untuk berkahwin dengan Heard dan mengetahui sebahagian orang membuli dan membencinya.

Selepas rakaman suara itu dihantar ke akaun Instagram milik Heard, ia kemudian menjadi tular di media sosial apabila dalam tempoh 14 jam sahaja, ia memperoleh hampir 100,000 pendengar.

Lelaki itu membuat tawaran tersebut selepas bekas suami Heard yang juga pelakon filem ‘Pirates of the Caribbean’, Johnny Depp menang saman fitnah ke atas Heard kira-kira AS$15 juta (RM65.86 juta).

Lelaki Arab Saudi nekad lamar bila dia mengetahui Amber Heard kena buli dan dibenci

Depp mendapat ganti rugi selepas pihak juri membuat keputusan pada Rabu lalu berhubung artikel Heard yang mengaitkan Depp dengan jenayah rumah tangga.

Bagaimanapun, pihak juri turut memberikan ganti rugi sebanyak AS$2 juta (RM8.78 juta) kepada Heard selepas dia yang pernah berlakon dalam filem Paranoia menang saman ke atas Depp.

Aktres itu menang saman terhadap kenyataan peguam bela aktor tersebut di sebuah akhbar yang menyatakan dakwaan Heard itu sebagai satu penipuan. – Agensi

BACA:

Suami Jasmin Hamid bengang netizen kaitkan kahwin muda punca isterinya kena serangan jantung

BKM fasa 2 pada Jun 2022, ini cara semak status penerima

Pemandu Grab kongsi detik seram, ambil penumpang waktu maghrib dan duit tambang jadi daun kering