Baru-baru ini, tular satu hantaran di Facebook memaparkan luahan kecewa seorang individu lelaki terhadap pihak bank yang menilainya dari segi penampilan
Menurut lelaki itu, dirinya tidak membuka akaun simpanan di sebuah bank kerana salah seorang pegawai disana ‘menghalau’ dia untuk pulang ke rumah hanya disebabkan memakai baju koyak dan mendakwa lelaki itu ‘keldai akaun’.
Katanya lagi, pegawai terbabit menyuruhnya pulang dan membawa semua bil utiliti seperti elektrik, bagaimanapun permintaan itu dipersoal olehnya.
Tidak berputus asa selepas dihalau pulang, lelaki terbabit kembali semula ke bank terbabit tetapi dengan penampilan yang lebih segak serta kemas.
Daripada gelaran encik terus bertukar jadi tuan sebab saya tukar baju sahaja.
Selepas berpakaian ala-ala T20, pihak bank baru melayannya dengan baik dan berjaya membuka akaun simpanan.
Meninjau di ruangan komen, terdapat pelbagai reaksi yang diterima daripada netizen, dimana ada yang berkata diri mereka turut alami hal yang sama tetapi ada juga menegur lelaki itu untuk mengikuti SOP bank tanpa mempertikaikan apa-apa.