SEORANG lelaki yang dipatuk ular semasa dia tidur bertindak menggigit semula reptilia itu sehingga mati.
Menurut Santosh Lohar, 35, dia dipatuk oleh haiwan berbisa itu ketika sedang tidur di kem pengkalan buruh dekat Rajauli, Bihar, India.
Selepas terjaga daripada tidur, dia terus menangkap ular itu dan memukulnya dengan batang besi.
Berbekalkan petua lama, dia turut menggigit ular itu sehingga mati bagi membuang bisa dalam badannya.
“Di kampung saya, terdapat kepercayaan jika seekor ular menggigit anda, anda mesti menggigitnya semula.
“Ia bertujuan meneutralkan bisa ular itu,” ujarnya.