Lelaki ini cuba nasib swap RX-Z dengan Triton, netizen hanya mampu ketawakan

Lelaki ini cuba nasib swap RX-Z dengan Triton, netizen hanya mampu ketawakan. Pelik mungkin perkataan paling tepat untuk menggambarkan harga yang ditawarkan oleh rata-rata penjual untuk motosikal legend, Yamaha RX-Z ketika ini. Tetapi, tawaran daripada seorang individu ini lebih aneh, ‘swap’ dengan kenderaan pacuan 4 roda, Mitsubishi Triton atau Toyota Hilux.

Dipaparkan menerusi iklan di laman Facebook, penjual berkenaan berkata dia adalah pemilik motosikal Yamaha RX-Z itu.

Turut menjadi bahan berita di akhbar Kosmo!, individu itu mendakwa Yamaha RX-Z miliknya adalah buatan tahun 1992.

Motosikal itu juga dikatakan baharu sahaja selesai proses baik pulih sepenuhnya.

Sekalipun cukai jalan dikatakan sudah tiada sejak tahun 2006, individu berkenaan menegaskan motosikal itu masih boleh ditukar nama dan kenderaan itu juga jarang digunakan.

Lelaki ini cuba nasib swap RX-Z dengan Triton, netizen hanya mampu ketawakan

“Cuba swap Triton atau Hilux, tahun 1992, wiring full catalyzer, baru siap ‘restore’. ‘Roadtax’ (cukai jalan) mati tahun 2006, boleh tukar nama, nama saya sendiri. Motor parking jarang ride,” tulisnya.

Begitupun meneliti laman sosial berkenaan, hantaran idividu berkenaan tidak dapat lagi ditemui dan mungkin sudah dipadamkan pemiliknya.

Melihat kepada hantaran Kosmo! terhadap berita berkenaan di Facebook, rata-rata pengguna media sosial itu menjadikan ia bahan jenaka.

“Baik ajak tukar dengan planet marikh je,” kata seorang netizen.

“Tak lama lagi swap dgn empat buah pesawat air bus pulak,” tulis seorang lagi netizen.

BACA:

Ini cara jadikan kucing berbulu gebu, ramai yang tak tahu

Netizen kutuk Caprice, buat konten tiktok dalam tandas hingga ternampak sesuatu

Penyanyi popular ini sanggup murtad, semata-mata mahu harta warisan