Lelaki ini kongsi kesan buruk kalau basuh cermin kereta retak, ramai yang dah buat silap

Lelaki ini kongsi kesan buruk kalau basuh cermin kereta retak, ramai yang dah buat silap.

Cermin hadapan kenderaan merupakan salah satu bahagian yang akan mengganggu ‘keselesaan pemandangan’ pemandu andaikata berlaku kerosakan seperti retak atau pecah pada cermin itu.

Baru-baru ini seorang ‘pakar cermin kenderaan’ yang dikenali sebagai Abang Rong telah berkongsi satu video memaklumkan kepada orang ramai supaya tidak membasuh kereta apabila terdapat kesan retak akibat terkena stone chip.

Dalam video itu, dia ada menandakan hujung garisan retak yang ada pada atas cermin kereta dengan menggunakan marker pen, lalu dia menyiram bahagian retak itu dengan air.

Tidak semena-mena kesan retak itu semakin bertambah panjang sehingga ke tengah-tengah cermin melebihi daripada ‘tanda marker pen‘ yang dibuatnya terlebih dahulu.

Lelaki ini kongsi kesan buruk kalau basuh cermin kereta retak, ramai yang dah buat silap

Tambah Abang Rong lagi, dia menegaskan kepada semua pemilik kenderaan supaya dapat mengelak daripada mencuci kenderaan sewaktu panas, kerana ia boleh menyebabkan kesan retak menjadi bertambah teruk.

Hantaran video itu telah mendapat lebih satu juta tontonan dan satu ribu komen daripada pengguna TikTok yang mengucapkan terima kasih kepada Abang Rong kerana mereka dapat belajar sesuatu baharu mengenai cara-cara penjagaan cermin kereta mereka melalui platform media sosial itu.

Pada masa sama, ada juga yang berkongsi pengalaman sendiri apabila cermin kereta mereka bertambah retak ekoran mencuci kereta ketika waktu panas.

Selepas ini kita semua perlulah berhati-hati sekiranya ternampak ada kesan stone chip pada cermin kenderaan. Walaupun asalnya bersaiz kecil, namun boleh membawa kemudaratan pada keesokan hari jika kita tidak membaikinya secepat mungkin.

@abamrongg_oe Jangan siram air kat cermin #abamrongg #barakahautoglass #DrCrack™️ #tukarcerminkereta #longcrackrepair #stonechiprepair #tiktokguru #cerminkeretapecah ♬ original sound – Abam Rongg

BACA:

Tamak haloba punca ramai penjawat awam ketagih main judi online

Bantuan beli rumah mampu milik B40, ini cara semak dan mohon

Netizen marah, gesa menteri ambil tindakan terhadap pengasas produk tunjuk punggung