Lelaki Lamborghini Hijau kini diburu polis, apa kes?

Apa kes ni, kenapa polis buru lelaki pemandu Lamborghini ini?

banyak orang katanya telah tertipu dengan lelaki ini dan ia membuatkan rata-rata terpukau dengan keindahan luaran lelaki ini yang menggunakan Lamborghini sebagai pancing untuk menipu orang ramai.

Polis memburu seorang lelaki dipercayai giat menipu warga emas dengan menawarkan bantuan kerajaan tidak wujud membabitkan kerugian ratusan ribu ringgit.

Suspek dikatakan turut menawarkan peluang pelaburan tidak wujud kepada mangsa.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar, berkata semakan mendapati 30 laporan polis dibuat terhadap suspek di beberapa daerah di Johor, Selangor, Kuala Lumpur, Perak dan Pahang.

Di Petaling Jaya sahaja, katanya, lima laporan dibuat terhadap suspek membabitkan kes penipuan, membabitkan kerugian RM395,000 dengan empat daripadanya sudah dituduh di mahkamah.

“Kes penipuan terbaharu dilaporkan pada 17 April lalu oleh seorang lelaki berusia 78 tahun yang mengalami kerugian RM25,000.

“Mangsa yang juga seorang pesara didatangi seorang lelaki warga tempatan (suspek) menawar untuk menguruskan bantuan kerajaan.

“Suspek datang ke rumah mangsa di sini dan membawanya keluar menaiki sebuah Lamborghini hijau namun nombor pendaftaran tidak dapat dipastikan.

“Suspek mendakwa mahu membantu mangsa mendapatkan bantuan kerajaan namun dalam perjalanan, mangsa ditawarkan peluang pelaburan kerajaan negeri dan mangsa bersetuju,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Shahrulnizam berkata, suspek meminta mangsa mengeluarkan RM25,000 dan menyerahkan wang itu kepadanya untuk tujuan pelaburan.

“Mangsa ditinggalkan di sebuah bank di kawasan Kepong dan suspek beredar dengan alasan mahu mendapatkan bantuan kerajaan namun terus menghilangkan diri.

“Semakan mendapati suspek mempunyai 31 rekod jenayah lampau dan aktif melakukan penipuan menggunakan modus operandi sedemikian sejak 2014,” katanya.

“Suspek dikategori sebagai orang dikehendaki dan bernama Lau Kah Wing, berusia 28 tahun dan alamat terakhir adalah Blok A A-10-03, Damansara Suria, Taman Kip, 52000 Kuala Lumpur.

“Kita mohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek untuk tampil membantu siasatan polis dengan menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Gashwinpal Singh Sukhdev Singh di talian 016- 3649168,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu menipu.

Baca juga : Jangan jadi menteri malas