Lelaki sanggup keluar duit baiki lampu jalan sendiri, setiap satu RM2,000

Dek kerana prihatin tentang lampu jalan di kawasan kediamannya yang tidak berfungsi pada waktu malam, seorang lelaki mengambil keputusan untuk menyelesaikan isu tersebut dengan usahanya sendiri.

Menerusi akaun Facebook bernama Sunny Coco, dia berkongsi beberapa keping gambar kerja-kerja yang sedang dilakukan untuk memasang beberapa lampu jalan yang dirahsiakan lokasinya.

Difahamkan lelaki baik hati itu sanggup membelanjakan wangnya sendiri untuk menerangi jalan terbabit supaya pejalan kaki dapat menggunakannya dengan selamat.\

Lelaki sanggup keluar duit baiki lampu jalan sendiri, setiap satu RM2,000

Di dalam gambar yang dikongsikan, sebuah jentera korek kaut telah digunakan oleh seorang pekerja untuk memasang lampu jalan, yang mana digunakan untuk memanjat tiang elektrik di jalan.

Sementara lokasi itu sendiri, ia adalah sebatang jalan kecil dengan rumput dan pokok di tepinya. Oleh itu, ketiadaan lampu yang berfungsi pada waktu malam boleh membahayakan keselamatan pengguna jalan di situ.

“Jalan ini terlalu gelap pada waktu malam. Jadi, saya memutuskan untuk membayar keseluruhan lampu jalan.

“Berharap dapat membantu pejalan kaki dengan menerangi jalan raya,” tulisnya di kapsyen hantaran tersebut.
Sumber Gambar: Sin Chew

Seperti yang dilaporkan oleh Sin Chew pula, Sunny telah membelanjakan RM2,000 untuk memasang lampu jalan bagi setiap tiang di laluan perumahannya.
Sumber Gambar: Sin Chew

Kemudian, dia berkongsi beberapa keping gambar pada waktu malam selepas sudah dipasang lampu, yang mana memperlihatkan sepanjang jalan sudah diterangi dengan baik dan selamat digunakan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-ratanya netizen memuji tindakan murni Sunny yang sanggup membelanjakan wang sendiri demi keselamatan sejagat di situ.

Malah, ramai yang mendoakan agar beliau diberikan kesihatan dan dimurahkan rezeki susulan tidak berkira dalam menjaga kesejahteraan penduduk di aitu.

Baca : Jenama mewah kantoi bayar kos murah buat produk