Lelaki selalu lemah dalam bab berkata-kata.. Ni 10 ayat simple tapi sweet yang boleh gembirakan pasangan

Lelaki selalu lemah dalam bab berkata-kata.. Ni 10 ayat simple tapi sweet yang boleh gembirakan pasangan.

KATA-kata memainkan peranan penting dalam sesebuah perhubungan.

Sebaiknya, kaum lelaki perlu tahu apa yang perlu dikatakan kepada pasangan.

Sebenarnya ada beberapa kata dan ayat yang boleh menggembirakan hati wanita, tidak terhad hanya ucapan I love you atau ‘saya sayang awak’.

Kaum lelaki perlu bijak menggunakan kata-kata dengan pasangan.

Maka, komunikasi merupakan satu perkara penting dalam hubungan.

Komunikasi, terutama sekali dalam bentuk verbal yang sebetulnya mampu membuatkan hubungan terjalin berpanjangan dan mesra.

Satu perkara yang perlu diberi perhatian oleh lelaki adalah kaum wanita ingin mendengar kata-kata yang tulus dari hati, bukan ‘ayat manis’ semata-mata.

*Terdapat beberapa ucapan dan kata-kata yang mampu mencairkan hati wanita, antaranya:*

*1. Saya sokong awak*

Adakalanya wanita menjalani hari yang buruk, berasa ragu serta gelisah dan rendah diri dalam melakukan sesuatu.

Peluang ini sebaiknya diambil oleh lelaki dengan memberikan keyakinan bahawa mereka mampu melakukan lebih lagi.

Kata-kata seperti ‘saya sokong awak’ boleh mengubah tahap keyakinan dan mereka berasa selalu disokong serta tidak kesorangan meskipun berada dalam situasi ‘down’.

*2. Ada banyak benda saya suka fasal awak*

Wanita menyukai lelaki yang memperhatikan (alert) sekecil-kecil perkara dilakukan mereka dengan menghargainya.

Anda juga boleh menyampaikan kalimat seperti ‘ada banyak perkara yang saya suka mengenai diri kamu’.

Ayat ini sahaja sudah mampu membuatkan seorang wanita itu cair!

Wanita akan gembira apabila pasangan memperhatikan segala usaha yang dilakukan.

*3. Terima kasih*

Walaupun kedengaran biasa, ucapan sederhana ini sering dipandang remeh, apatah lagi buat mereka yang sudah lama menjalinkan hubungan.

Seperti dikongsikan oleh Marriage, ucapan ‘terima kasih’ menunjukkan rasa saling menghormati.

Ucapan ini juga boleh mengubah tanggapan bahawa dalam hubungan, hanya pihak wanita yang dimanfaatkan.

*4. Saya hargai awak*

Mengetahui sebenarnya diri dihargai akan membuat wanita lebih senang dan tenang.

Mereka juga akan berasa gembira apabila pasangan memerhatikan segala usaha yang dilakukan.

*5. Saya sangat gembira hari ini*

Jangan hanya berdiam saja setelah temu janji (dating) berakhir.

Sampaikan kepada si dia bahawa anda begitu gembira selepas menghabiskan masa bersamanya.

Kata-kata ini akan membuat wanita senang dan rasa cukup istimewa.

*6. Awak memahami saya*

Salah satu kualiti terbaik wanita adalah kemampuannya memahami pasangan.

Jika merasakan pasangan mampu memahami keadaan anda, maka luahkan padanya.

*7. Mungkin dia sukakan awak*

Cemburu itu wajar dalam sebuah hubungan romantis.

Namun, jangan sampaikan rasa cemburu itu dalam keadaan marah atau menggunakan bahasa kasar.

Anda boleh tukarkan rasa cemburu seperti gurauan.

Contohnya, anda boleh katakan kepada si dia, ‘mungkin dia menyukai awak’ dalam nada gurauan.

Ayat ini akan membuatkan wanita sedar akan potensi dirinya.

Mereka juga akan tahu ketika itu anda sedang cemburu.

*8. Awak rasa macam mana?*

Pujian tidak selalu diberi melalui ayat atau ungkapan, tetapi boleh juga menggunakan pertanyaan atau meminta pendapat.

Apabila meminta pendapat si dia dalam sesuatu perkara, maka secara tidak langsung anda seolah-olah memuji pemikiran yang dimilikinya.

Pertanyaan mengenai pandangan akan membuatkan wanita berasa pendapatnya didengar dan dihargai.

*9. Saya rasa atau saya berpendapat…*

Wanita sangat suka mendengar apa yang anda rasa dan fikirkan.

Apatah lagi setelah kita sedia maklum golongan lelaki biasanya sangat sukar untuk bersifat terbuka dan tidak mahu kelihatan lemah.

Padahal, keterbukaan lelaki mampu membuatkan wanita berasa begitu dekat dengannya.

*10. Saya suka tengok awak walau tanpa make-up*

Tak perlu menunggu wanita berhias penuh untuk memuji penampilannya.

Sampaikan kepadanya bahawa dia tetap menarik meskipun tanpa makeup dan pakaian cantik.

BACA JUGA:

Popia Carbonara Cendawan? Pehhh! Inti padu, sedap pulak tu! Jom try

5 petua mudah bantu bayi yang selesema agar cepat sembuh

Cara membentuk masa depan pekerja belia di seluruh dunia