Sudah sekian lama kita hidup dalam berbilang bangsa, semua sudah mengetahui bahawa terdapat larangan membawa haiwan masuk ke premis makanan atau pusat membeli-belah. Hal ini kerana risau akan tahap kebersihan dan juga menjaga sensitiviti penganut Islam.
Bagaimanapun, baru-baru ini seorang individu menerusi akaun TikTok @Shafiz2994 berkongsi sebuah video yang memperlihatkan seorang pengawal keselamatan memberikan teguran kepada seorang lelaki yang membawa anjing peliharaannya ke dalam keadai serbaneka.
“Hello, maafkan saya bos. Ini (anjing) tak boleh bawa masuk sini bos. Ada (terima) aduan dekat sini.
“Tak ada bos, sini tak boleh,” kata petugas itu dengan nada sopan untuk meminta individu terbabit berada dari premis makanan itu. Dia lalu menjelaskan bahawa anjing peliharaan itu boleh mendatangkan bahaya kepada orang ramai sekiranya ia bertindak agresif dengan menggigit.
Namun begitu, pelanggan lelaki itu tetap berkeras serta tidak berganjak daripada meja yang diduduki walaupun sudah dihalau berulang-kali.
Lebih teruk lagi, lelaki itu pula yang menghalau pekerja tersebut supaya beredar dan tidak mengganggu urusannya. Dalam video yang sama, boleh dilihat terdapat beberapa individu beragama Islam yang sedang menikmati makanan pada ketika itu.
@shafiz2994 Tindakan seorang pemilik perumahan di kawasan kota Emerald Membawa anjing peliharaannya Bersiar-siar di dalam kawasan kedai seberaneka CU MART KOTA EMERALD RAWANG tindakan pemilik tersebut menyebab tiada common sense terhadap pelanggan beragam islam yang sedang menikmati makan dalam premis tersebut.saya berharap pihak bertanggungjawab dapat ambil tindakkan selanjutnya@Pdrm Malaysia @BuletinTV3 @Berita RTM @berita [email protected] @edisisiasat935 #fyppppppppppppppppppppppp ♬ original sound – SHAFIZ2994
Menurut Shafiz, video ini dimuat naik dengan harapan pihak bertanggungjawab mengambil tindakan sewajarnya terhadap lelaki terbabit kerana tidak menghormati sensitiviti warga setempat yang beragama Islam dan menghormati budaya di sini.
Menjengah ke ruangan komentar, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati dan mengecam tindakan lelaki itu yang bukan sahaja bersifat pentingkan diri sendiri malah tidak menghormati sensitiviti masyarakat setempat yang majoritinya penganut Islam di negara ini.
Baca : Leka main telefon sampai leka sumbat anak dalam peti ais, dah lama baru sedar