Lelaki terkejut bila batu berat 50kg yang dijumpai kandungi fosil bernilai rm5 juta

Lelaki terkejut bila batu berat 50kg yang dijumpai kadungi fosil bernilai rm5 juta. Tidak banyak orang sanggup atau cukup kuat untuk mengheret pulang sebiji batu seberat 50 kilogram dengan harapan batu itu mungkin mengandungi fosil, tetapi itulah yang dilakukan oleh Archie Faiers seorang tukang batu seni bina arkib baru-baru ini selepas dia menonton program David Attenborough di BBC One.

Archie yang berusia awal 20an tahun itu sangat gembira kerana dia telah diberitahu bahawa batu itu nilainya boleh mencecah lima ribu ringgit.

Archie sedang bersiar-siar bersama anjing peliharaan keluarganya semasa dia melihat batu berbentuk aneh berdekatan Lyme Regis. Batu itu lebih besar daripada bola sepak dan bukanlah jenis cenderahati geologi yang kebanyakan orang akan bawa pulang ke rumah.

Disebabkan batu berbentuk aneh itu ditemui hanya beberapa meter dari lokasi yang sama di pantai Lyme Regis di mana seorang pemburu fosil profesional tempatan menemui ichthyosaur besar (atau naga laut) yang sangat terkenal dalam program Attenborough baru-baru ini, Archie memutuskan untuk membawa pulang batu tersebut.

“Saya tahu kami sudah dekat dengan tempat penemuan fosil TV,” kata Archie kepada WMN. Disebabkan itulah dia berasa yakin bahawa batu itu bukanlah batu biasa.

Lelaki terkejut bila batu berat 50kg yang dijumpai kandungi fosil bernilai rm5 juta

Archie yang telah memenangi anugerah antarabangsa atas hasil kraftangannya memutuskan untuk membawa batu yang beratnya hampir 50 kilogram itu ke bengkelnya yang terletak di pusat bandar.

Selepas mula mengkaji batu tersebut Archie mendapati terdapat fosil berusia 190 juta tahun di dalam batu tersebut dan merupakan fosil istimewa yang terdapat di sepanjang Pantai Jurassic.

Fosil itu serupa dengan nautiloid yang masih hidup dan masih dapat ditemui sehingga ke hari ini, tetapi spesiesnya agak berbeza.

Archie baharu sahaja membuka bengkelnya di Lyme’s old Town Mill. Dia mengukir dan menghasilkan pelbagai reka bentuk seni bina berdasarkan batu yang merangkumi tanda-tanda dan kepingan arca untuk ruang awam dan rumah.

“Saya bukan pengumpul fosil,” katanya. “Tetapi apabila saya berada di tebing pantai saya hanya membuka mata saya.”

BACA:

Harga minyak masak semakin menggila, kini cecah rm43 untuk 5kg

Ini minuman paling terbaik didunia boleh diamal untuk kesihatan

Dituduh perampas Azri Iskandar, ini reaksi padu Afiqah Ishak