PERASAN tak, ada sesetengah jenis sayur kadang kala mudah layu, ‘melecur’ atau cepat rosak walaupun disimpan di dalam peti sejuk?
Lebih mengecewakan, sayur-sayuran tersebut baharu saja dibeli dalam tempoh kurang tiga hari.
Sebenarnya, ia berkaitan dengan teknik penyimpanan yang tidak begitu tepat.
Tahukah anda, menyimpan sayur dengan betul adalah penting kerana ia memainkan peranan utama dalam mengekalkan kualiti, rasa, dan nilai nutrisi sayuran.
Jom sama-sama belajar tip menyimpan sayur sebagaimana perkongsian daripada seorang suri rumah, Shuhada Alim.
1. Cuci dan keringkan
Sebelum menyimpan sayur-sayuran dalam peti sejuk, pastikan untuk mencuci dengan bersih di bawah air yang mengalir. Selepas dicuci, pastikan untuk mengeringkannya dengan tisu dapur atau kain bersih.
Ada yang perlu dibalut dengan tisu lembap, ada yang memerlukan air, dan ada yang perlu diletakkan tisu untuk menyerap wap air.
Cara menyimpan cili yang betul.
2. Pilih bekas yang sesuai
Gunakan bekas penyimpanan yang sesuai seperti bekas plastik khas untuk menyimpan sayur-sayuran. Pastikan bekas tersebut bersih dan kering sebelum digunakan.
3. Pisahkan sayuran
Pisahkan sayur-sayuran yang boleh menyebabkan penyebaran bau, seperti bawang dan bawang putih. Ini akan membantu mencegah bau yang tidak diingini pada sayur-sayuran yang lain.
Cara menyimpan sayur jenis berdaun.
4. Simpan dalam bekas kedap udara
Pastikan bekas penyimpanan adalah kedap udara untuk mengelakkan udara dan kelembapan daripada meresap. Ini dapat membantu memperlambat proses pembusukan.
Jika peti sejuk kecil dan tidak muat untuk dimasukkan dalam bekas, tidak mengapa, anda boleh menggunakan kaedah menyimpan dalam plastik putih.
Balut setiap sayur dengan surat khabar atau tisu sebelum dimasukkan dalam plastik. Susun dengan kreativiti masing-masing dalam peti sejuk.
Menyimpan sayur di dalam bekas betutup sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk dapat menjamin kesegarannya.
5. Gunakan kertas tisu
Letakkan sehelai kertas tisu di dalam bekas penyimpanan. Kertas tisu dapat menyerap kelembapan berlebihan yang boleh menyebabkan sayuran cepat rosak.
Cara menyimpan kubis, brokoli, dan seangkatan dengannya agar tahan lama ialah dengan melapiknya dengan tisu basah di bahagian ‘akar’, kemudian dibungkus dengan plastik wrap.
Yang penting, jangan biarkan sayur-sayuran ini terdedah atau hanya dimasukkan dalam plastik ketika dibeli di pasar. Semoga bermanfaat!
Baca : “Ingat ada orang sihirkan saya” – Black buang ketumbuhan dalam anak tekak