Lepas kalah saman, Amber Heard dilihat ‘shopping’ di kedai murah.Selepas kalah dalam kes saman fitnah dengan bekas suami iaitu Johnny Depp, pelakon Hollywood, Amber Heard telah diarahkan untuk membayar ganti rugi kepada Depp.
Susulan itu, Amber Heard kini kelihatan seperti sedang ‘broke‘ kerana berhutang dengan Johnny Depp sebanyank $8.4 juta sebagai ganti rugi.
Menurut laporan Baystpost, pelakon filem Aquaman itu dilihat membeli-belah di kedai serbaneka diskaun TJ Maxx di Hamptons.
Amber dilihat bersama kakaknya, Whitney Henriquez membeli-belah di TJ Maxx yang merupakan sebuah kedai pakaian yang menawarkan diskaun dan menjual barangan dengan harga yang berpatutan.
Malah, aktres berusia 36 tahun itu telah bangkrut kerana bayaran guaman yang tinggi yang dikaitkan dengan perbicaraan dia dan Depp.
Sebelum ini, peguamnya, Elaine Bredehoft ditanya sama ada aktres itu mempunyai wang yang cukup untuk membayar penghakiman yang dijatuhkan oleh juri.
BACA:
Anak kucing seperti pakai topeng Zorro curi tumpuan ramai
Krisis rumahtangga Syamsul Yusof hanya gimik lariskan filem ‘Mat Kilau’?