Lepas roti canai kali ni Nasi Goreng Kambing jadi menu tersenarai 100 makanan terbaik dunia

Setahun yang lalu, menu kegemaran kita, roti canai, menerima pengiktirafan sebagai ‘roti terbaik di dunia’ oleh laman web TasteAtlas.

Tetapi, dalam penilaian terbaru mengenai ‘Makanan Paling Teruk di Dunia’ oleh laman web yang sama, sebuah hidangan dari Malaysia turut disenaraikan dalam carta tersebut.

Nasi goreng kambing, menempati ranking ke-48 daripada 100 makanan paling teruk untuk tahun 2023, hanya mendapat penarafan 2.6 daripada 5 bintang.

Lepas roti canai kali ni Nasi Goreng Kambing jadi menu tersenarai 100 makanan terbaik dunia

Hidangan ini biasanya dihasilkan dengan mencampurkan nasi, daging kambing cincang, dan pelbagai bahan lain dalam proses pembuatan nasi goreng.

Dalam senarai tersebut, TasteAtlas menyebut hidangan Hakarl dari Iceland sebagai ‘Makanan Paling Teruk di Dunia’.

Senarai ‘100 Makanan Paling Teruk di Dunia’ yang dikeluarkan oleh TasteAtlas.

tasteatlas

Tempat kedua di carta ini dipegang oleh hidangan Ramen Burger dari Amerika Syarikat, manakala tempat ketiga diisi oleh Yerushalmi Kugel, hidangan dari Jerusalem, Israel.

Untuk mencatatkan, TasteAtlas sebelum ini memberikan dua pengiktiran kepada Malaysia menerusi roti canai, iaitu sebagai Roti Terbaik Dunia dan Makanan Jalanan Terbaik Dunia pada tahun sebelumnya.

Baca Juga : Lipas dah buat macam rumah sendiri di dapur, guna 4 bahan ini confirm semua lari