Lepas Viral, Bisnes Ayam Kipuk Bukan Makin Laku, Tapi Diarah Tutup Oleh Pihak Berkuasa Lepas Jiran Buat ‘Report’

Sebelum ini tular di laman B40 Buat Perangai Apa Harini mengenai perniagaan ayam kipuk yang laku keras sehingga ramai rider beratur untuk mengambil pesanan pelanggan.

Difahamkan, perniagaan itu berkonsepkan home-based dan peniaga hanya mengambil pesanan di aplikasi.

Selepas viral, pemilik memaklumkan dia terpaksa menutup perniagaan di kawasan itu selepas menerima aduan daripada orang awam.

Menurut Mawaddah, dia reda apabila pihak DBKL melarangnya daripada berniaga di situ. Dia juga difahamkan sudah mengosongkan rumah dan akan membawa ibu serta adik yang kurang upaya ke kampung.

ayam kipuk

ayam kipuk

bisnes

Dia juga memaklumkan akan bangkit semula dan berpindah ke tempat yang lebih baik iaitu rumah kedai tingkat 3. Dalam pada itu, dia berterima kasih kepada rider, pelanggan dan jiran-jiran yang telah menyokong perniagaannya selama ini.

viral

Baca Selanjutnya :