Lesen Finas : Syarat dan permohonan tidak semudah arahan menteri

Menurut garis panduan Bahagian Pelesenan & Penguatkuasaan Finas, hanya mereka yang berdaftar sebagai pemilik firma terhad swasta yang boleh memohon lesen produksi video dan filem.

Selain itu, syarikat pemohon mesti mempunyai modal berbayar tidak kurang daripada RM50,000 untuk layak.

Sekurang-kurangnya seorang pemilik syarikat, pemegang saham atau pengarah mesti menjadi ahli persatuan industri filem yang disenaraikan oleh Finas.

Persatuan itu ialah Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM), Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia [PROFIMA (PPFM)], Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Persatuan Penulis Skrin Malaysia (SWAM) atau Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM).

Untuk lesen pengeluaran video, pemohon perlu menghantar surat kelulusan dari Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) dan dokumen lain yang berkaitan.

Untuk permohonan yang dikemukakan oleh perniagaan pemilikan tunggal atau perkongsian (pendaftaran perniagaan), pemohon diminta untuk memberikan salinan kad pengenalan pemilik atau pemilik-pemilik; dan surat kelulusan dari SSM atau borang yang memperincikan maklumat terkini perniagaan.

Pemohon yang memiliki syarikat persendirian berhad mesti menyerahkan memorandum dan artikel persatuan syarikat; Borang 24 untuk pemegang saham; Borang 32 (sekiranya terdapat perubahan dalam pegangan saham syarikat); dan Borang 49 yang menyenaraikan pengarah syarikat.

Bayaran dan deposit yang perlu dikeluarkan oleh pemohon bergantung pada jenis lesen. Ia boleh mencecah antara RM100 hingga RM400 untuk bayaran dan dari RM1,000 hingga RM5,000 untuk deposit.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/535792

COMMENTS

Wordpress (1)
  • appeary 2 days

    buy cialis on line Davis gtAYqherZymKvI 6 17 2022