Level lain betul dia ni, beli nombor plate ratusan ribu letak dekat Bezza je

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memperoleh pendapatan RM34.29 juta selepas pelancaran siri pendaftaran kenderaan baharu bermula dengan ‘FF’.

Menurut Astro Awani, Menteri Pengangkutan Anthony Loke memaklumkan plat lesen yang dibida paling tinggi adalah ‘FF8’, yang dijual pada harga RM950,000.

Tular di Twitter mengenai hantaran seorang pengguna media sosial yang terkejut melihat nombor plat siri ‘FF’ pada kereta Perodua Bezza.

Level lain betul dia ni, beli nombor plate ratusan ribu letak dekat Bezza je

Plat ‘FF2’ itu telah berjaya dilelong pada harga RM638,000, menyebabkan ramai terkejut bagaimana pemilik kereta tersebut mampu membida dengan harga tinggi.

Warganet berpendapat ada kemungkinan besar nombor tersebut dibeli sebelum kereta idaman pemilik tiba, mungkin bimbang nombor itu diambil orang lain.

“Bezza di kambing hitamkan sementara tunggu kereta idaman keluar. Mungkin,” komen @naimbinzaini.

“Level orang betul-betul kaya ini kadang-kadang di luar jangkaan,” tambah @pab1015.

Namun, tidak dapat dipastikan sama ada betul atau tidak kenderaan tersebut memiliki plat itu kerana ada yang menyatakan ia hanya suntingan gambar.

Baca juga: Terkejut cawan teh tiba-tiba meletup lepas baca doa, confirm ada santau ni!