Lia Aziz akui dirinya kini sedang dilamun cinta

Lia Aziz akui dirinya kini sedang dilamun cinta. MENGAKUI dirinya kini sedang dilamun cinta, penyanyi Lia Aziz bagaimanapun enggan mengulas lanjut hubungan rapatnya dengan jejaka bernama Arash yang juga pemain dram kumpulan Tree Hill.

Bagi Lia atau nama sebenarnya Nur Aliah Farzana Abdul Aziz, 19, cukuplah jika peminat dan orang sekeliling tahu menerusi perkongsian di media sosial.

Dalam masa sama, Lia juga akui tidak pernah berniat mahu menyorokkan hubungan tersebut namun lebih baik jika tidak terlalu bercakap tentangnya.

“Kalau nak tahu, tengok sahaja Instagram saya,” ujarnya ringkas.

Sementara itu, Lia yang muncul dengan lagu duet bersama Khai Bahar berjudul Kaulah Syurga, menafikan ia adalah tiket untuk menumpang populariti penyanyi tersebut.

Lia Aziz akui dirinya kini sedang dilamun cinta

Kata Lia, dia menerima tawaran kolabarosi lagu ini sebelum menyertai program Big Stage 2022 (BS22) dan pemilihan duet dilakukan sendiri oleh penerbit Siti Rosmizah yang mahu lagu ini dijadikan OST drama 7 Hari Mencintaimu 3.

“Saya terima lagu ini sebelum sertai BS22, tetapi ketika itu belum ada kata putus bahawa saya dan Khai akan digandingkan.

“Selepas tamat BS22, barulah saya betul-betul memberi fokus untuk menyiapkan lagu ini.

“Pemilihan kami berdua dilakukan sendiri oleh penerbit drama yang juga penulis lirik lagu ini iaitu Siti Rosmizah. Syukur sambutan dan komen yang diterima amat baik.

Ramai yang meninggalkan komen kata saya hanya boleh menyanyikan lagu seperti Kucu Kuca dan tidak boleh menyanyi secara langsung
LIA AZIZ
PENYANYI

“Tidak ada istilah saya mahu menumpang populariti Khai. Jika ada yang berkata demikian, saya tidak boleh berbuat apa,” katanya.

Penyanyi lagu Kucu Kuca ini juga berharap peminat akan lebih bijak untuk menilai bakatnya dan menepis tanggapan dia tidak boleh menyanyi secara langsung gara-gara tersingkir awal di pentas BS22.

Akui gagal bermain dengan strategi, Lia gagal bertahan lama dalam program tersebut dan menjadi peserta kedua tersingkir.

“Semasa di pentas BS22 saya cuba tunjukkan kelainan yang ada pada diri sendiri namun percaturan gagal dan tersingkir awal.

“Ramai yang meninggalkan komen kata saya hanya boleh menyanyikan lagu seperti Kucu Kuca dan tidak boleh menyanyi secara langsung.

“Sekarang inilah peluang untuk saya buktikan kemampuan sebenar,” jelasnya.

BACA:

Caj ekstra untuk bungkus, ramai mula persoal Chef Ammar

Tak payah upah tukang, ini cara DIY baiki paip air tersumbat angin

Beli emas ketika harga jatuh, jenis-jenis emas ini perlu elak dari dibeli