Negara baru-baru ini dikejutkan dengan satu rakaman video melibatkan seorang pembantu rumah yang mendakwa telah didera oleh majikan.
Kononnya mengalami trauma, orang gaji yang baharu dua minggu tiba di Johor itu bukan hanya dipukul malah tidak diberi makan oleh majikannya.
Berlari di tepi jalan sambil menangis dan meminta bantuan, wanita warga asing itu kemudian ‘diselamatkan’ oleh seorang pemandu e-hailing.
Terpedaya dengan lakonan wanita tersebut, pemandu berkenaan turut berkongsi kejadian itu dalam bentuk video di platform media sosial.
Wanita yang berusia 31 tahun itu kemudian dihantar ke Konsulat Jenderal Republik Indonesia (KJRI) Johor Bahru untuk dihantar pulang ke Indonesia.
Menyita perhatian ramai, perkongsian pemandu e-hailing itu telah mengundang perasaan simpati rakyat Malaysia terhadap nasib wanita tersebut.
Baca : Lelaki Dedah Bank Halau Bila Pakai Baju Koyak Sikit, Tapi Sarung Aja Blazer Terus Dipanggil ‘TUAN’!
Susulan daripada kekecohan di media sosial, pihak polis kemudian tampil memberi kenyataan yang menyangkal dakwaan pembantu rumah itu.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata pihaknya menerima laporan bahawa wanita itu sebenarnya tidak didera.
Melarikan diri dari rumah, pembantu rumah terbabit turut membawa bersama barangan berharga dan wang tunai milik majikan berjumlah RM10,850.
Laporan polis itu dibuat oleh majikan wanita berkenaan selepas pembantu rumahnya menghilangkan diri dengan memanjat pagar rumah.
“Kami menerima laporan polis yang dibuat oleh seorang wanita berusia 52 tahun yang mengatakan pembantu rumahnya melarikan barang berharga dan wangnya.
“Wanita itu berkata pembantu rumahnya melarikan diri dari rumah mereka di Taman Pelangi pada 11.21 pagi Isnin (17 Julai),” katanya memetik The Star.
Pihak polis masih sedang memburu suspek bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan.
Jika didapati bersalah, pembantu rumah itu berdepan dengan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Baca Selanjutnya :