Lori dan kereta bertembung, menyebabkan dua beranak maut

Lori dan kereta bertembung, menyebabkan dua beranak maut.

Seorang lelaki bersama ibunya maut apabila lori dinaiki dipercayai membawa barang niaga terbabit dalam nahas dua kenderaan di Kampung Kedai 2, Tebok Rimba Simpang 4, Semanggol di sini pada Ahad.

Laporan awal menyebut, kejadian sekitar jam 7.30 malam itu mengakibatkan Shahren Ismail, 37, dan Zainab Alias, 64, meninggal dunia di tempat kejadian.

Kejadian dipercayai berlaku apabila lori Daihatsu tertera satay warisan dipandu Shahren bertembung dengan sebuah kereta jenis Toyota dipandu seorang lelaki.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan, pelanggaran mengakibatkan mangsa dan ibunya tersepit di bahagian hadapan kenderaan.

“Anggota bertindak mengeluarkan mangsa tersepit menggunakan peralatan menyelamat sehingga kedua-duanya berjaya dikeluarkan.

“Dua mangsa itu bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan sementara pemandu kereta mengalami cedera ringan,” katanya.

Mangsa maut telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada jam 9.13 malam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Juna Yusoff ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

BACA JUGA :

Ibu hamil elakkan makan 6 jenis ikan ini

“Inilah senapang gajah” – dialog P. ramlee dalam filem Ali Baba, rupanya senapang ini wujud

Resepi Kuetiau Goreng simple tanpa letak garam dan gula

COMMENTS

Wordpress (1)