Macam mana nak tahu si Bulus keracunan? Ini tanda-tandanya.
MINGGU lalu tular rakaman seorang lelaki dikenali sebagai Wan Abul Hakiem Irsyad Wan Lokman, 19, yang gagal menahan air mata ketika membawa kucing kesayangannya ke sebuah klinik veterinar sebelum ia menghembuskan nafas terakhir.
Kucing diberi nama Paktam itu mati dipercayai akibat tertelan racun tikus di kediaman mereka di Sabak Bernam, Selangor.
Sebenarnya sudah menjadi sifat kucing yang ingin tahu setiap benda yang dijumpainya termasuklah bahan-bahan beracun.
Jadi tidak hairan jika ia termakan sesuatu yang berbahaya tanpa sengaja dan memberi kesan kepada kesihatannya sama ada tidak serius atau boleh mengancam nyawa.
*Terdapat pelbagai gejala yang menunjukkan kucing anda mengalami keracunan.*
Bagaimana hendak mengetahui sekiranya si bulus kesayangan anda tertelan bahan beracun? Kucing kebiasaannya akan memberi signal seperti berada dalam keadaan lemah, lesu dan muntah.
Dalam situasi tertentu ia tidak membahayakan nyawanya namun penting untuk mengetahui gejala-gejala yang berlaku kepada si bulus agar ia tidak memudaratkan kesihatannya.
*Tanda keracunan*
Jika curiga kucing anda telah makan sesuatu yang beracun, tanda-tanda keracunan dapat dikesan melalui muntah, kesulitan bernafas, lesu, hilang selera makan, haus berlebihan, gusi bertukar pucat, najis berdarah, air liur meleleh dan kekejangan.
Jadi amat penting untuk memantau gejala-gejala ini dan membawanya berjumpa doktor haiwan jika gejalanya terus bertambah teruk.
*Pastikan kebersihan rumah*
Untuk mencegah kematian akibat keracunan, pemilik perlu memastikan keadaan di sekitar rumah selamat untuk kucing dan tidak membiarkan bahan beracun untuk kucing dibiarkan di merata-rata tempat.
Sebaik-baiknya simpan bahan-bahan itu ditempat yang tinggi dan tertutup agar tidak mudah dicapai oleh kucing anda. Selain itu, pastikan tempat tidur, makan dan minumannya sentiasa bersih dan terhindar daripada bahaya.
BACA JUGA:
CR7 ajak 4 rakan MU bercuti ke Arab Saudi… Bukti hubungan mereka masih akrab
Rahsia Goreng Ikan Bilis supaya Rangup & Tahan Lama, Begini Rupanya!!