Macam mana pintu pesawat boleh tercabut?

Berita dari NBC News melaporkan bahawa sebuah pesawat ringan berjaya melakukan pendaratan selamat di Lapangan Terbang Antarabangsa Buffalo Niagara, New York, setelah salah satu pintunya tercabut semalam.

Pesawat Diamond DA40 dengan enjin tunggal tersebut melakukan pendaratan sekitar pukul 5.30 petang waktu tempatan.

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) menyatakan dalam satu kenyataan bahawa pendaratan tersebut berlaku selepas juruterbang melaporkan kehilangan pintu belakang penumpang di sebelah kiri.

Macam mana pintu pesawat boleh tercabut?

Pintu pesawat hilang ketika pesawat terbang di ruang udara Cheektowaga, beberapa kilometer dari lapangan terbang, menurut laporan polis.

Dalam kejadian itu, terdapat dua individu di dalam pesawat. Rakaman audio menunjukkan juruterbang memberi maklumat kepada pengawal trafik udara bahawa pesawat mengalami kecemasan dan sedang kembali ke lapangan terbang.

Juruterbang tersebut kemudian mengesahkan kehilangan pintu belakang kepada pihak pengawal trafik udara.

Walau tiada laporan mengenai kecederaan atau kerosakan harta benda, pihak polis sedang menjalankan pencarian di lokasi yang didakwa sebagai tempat pintu hilang tersebut. Pada masa yang sama, FAA juga sedang menyiasat kejadian tersebut.

Baca Juga : Jangan remehkan masalah gigi berlubang kanak-kanak, ia amat bahaya