“Kenapa aku rasa seperti pernah lalu kawasan ini ya?” Pasti banyak di antara kita mengalami situasi di mana kita merasa seolah-olah pernah berada di suatu tempat sebelum ini.
Terdapat pelbagai keadaan yang boleh dikaitkan dengan situasi ini, termasuk perasaan seolah-olah pernah mengalami peristiwa yang sama pada masa lampau dan sebagainya.
Pengalaman ini dikenali sebagai dejavu, menurut penjelasan Syeikh Hisyam Kabbani, seorang sufi Islam, yang mengatakan bahawa dejavu berlaku kerana jasad fizik kita mempunyai hubungan yang erat dengan dimensi spiritual yang sudah tertulis di Luh Mahfudz.
Dalam konteks sains perubatan, dejavu merujuk kepada satu keadaan yang disebut sebagai ‘dyscognitive state’, di mana akal fikiran seseorang tidak jelas pada waktu itu.
‘Dyscognitive state’ terbahagi kepada tiga iaitu:
1) ‘Increased reality’ atau ‘familiarity’, di mana seseorang merasakan pernah berada pada suatu tempat atau mengalami suatu suasana yang telah dialaminya pada masa lampau. Ini adalah keadaan yang dikenali sebagai dejavu.
2) ‘Strangeness’ atau ‘unfamiliarity’ (jamais vu), iaitu perasaan berada pada suatu tempat yang asing atau baru walaupun tempat itu sering dikunjungi.
3) ‘Depersonalization’, iaitu perasaan roh keluar dari jasad dan melihat jasad dari sudut lain, di mana akal fikiran tidak melekat pada kenyataan diri sendiri.
Menurut ahli fizik, Dr. Zamir Mohyedin, dejavu adalah situasi di mana perbuatan yang dilakukan oleh seseorang pada masa kini terasa seolah-olah sudah dilakukan sebelum ini.
Contohnya, situasi di mana seseorang pakai baju yang sama, duduk di tempat yang sama, atau berjumpa dengan orang yang sama, namun hakikatnya, perbuatan tersebut hanya berlaku sekali.
Punca dan mekanisme dejavu masih belum dapat dirumuskan secara tuntas oleh saintis, tetapi ada beberapa penjelasan yang belum muktamad yang rasanya masuk akal.
Salah satu penjelasan adalah otak kita mungkin memproses sesuatu lebih awal sebelum ia berlaku, sehingga kita merasa seperti mengalami situasi tersebut dua kali dalam keadaan yang serupa.
Contohnya, ketika kita terjatuh, otak kita mungkin sudah memproses pengalaman tersebut sebelum peristiwa sebenar berlaku.
Walau bagaimanapun, walaupun terdapat beberapa penjelasan, fenomena dejavu masih menjadi misteri dan perlu kajian lanjut untuk pemahaman yang lebih mendalam.
Baca Juga : Bekas Timbalan Menteri Amanah minta kerajaan jangan kacau PASTI PAS