Main game masa memandu kereta, sekali brader ni sound terus…

Nak main ‘game’ pun biarlah bertempat bukan masa memandu sampai menyusahkan orang lain kan dah kena.

Tular satu rakaman video menunjukkan seorang lelaki menengking dan memarahi pemandu Proton Iriz kerana memandu secara berbahaya.

Menerusi rakaman berdurasi 57 saat itu, pemandu kenderaan berwarna merah berkenaan dimarahi kerana didakwa bermain permainan video (game) ketika memandu di jalan raya.

“Woi, tutup (matikan) telefon kau! Main game dalam kereta… apa benda?

Accident nanti karang (kemudian),” kata lelaki berkenaan kepada pemilik Proton Iriz tersebut dengan penuh emosi.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku di Lebuhraya Persekutuan pada Jumaat, dirakam menerusi kamera papan pemuka kenderaan (dashcam).

Dalam video tersebut, kelihatan pemandu yang memandu di lorong kanan itu beberapa kali menekan brek keretanya walaupun jarak kereta di hadapannya masih jauh.

Hantaran tersebut turut mengundang kemarahan orang ramai.

Rata-ratanya juga berkongsikan pengalaman mereka sebelum ini yang berdepan situasi sama.

“Kalau betul dia main telefon memang bodoh. Ramai memandu tangan tak lekang telefon sekarang ni. Pasang je dashcam. Ramai orang gila sekarang ni.

“Orang main telefon dekat laluan kanan ni ada cara boleh kesan. Asyik brek-brek padahal depan tak ada benda pun. Lepas tu jarak kereta depan jauh lagi. Lepas tu nanti tiba-tiba dia laju nak dekat dengan kereta depan, lepas tu jauh balik,” ujar segelintir warga maya.

Baca juga : Terima kasih, good bye Sarah