Majlis angkat sumpah jemaah Menteri di Istana Negeri Sabah pagi ini. Istana Negeri, di sini, sekali jadi menjadi tumpuan susulan majlis angkat sumpah jemaah menteri yang dikatakan akan diadakan, pagi ini.
Beberapa kenderaan mewah dipercayai membawa ADUN turut dilihat memasuki laluan ke istana negeri, sejak 8.50 pagi.
Pasukan keselamatan juga telah berkumpul di luar gerbang menuju ke Istana Seri Kinabalu, pada awal pagi tadi.
Terdahulu, satu majlis angkat sumpah anggota baharu Jemaah Menteri Sabah dikatakan akan diadakan di Istana Seri Kinabalu, di sini, hari ini.
Upacara yang dijadual berlangsung di Dewan Kunjungan, pada 10 pagi itu berdasarkan surat jemputan kepada ADUN, atur cara majlis dan surat pemakluman daripada Istana kepada IPD Kota Kinabalu yang tular di media sosial.
BACA JUGA :
Tarik sokongan terhadap Hajiji, Bung Moktar kini di blok pembangkang
KJ sokong Anwar dianggap mencari survival dalam politik
Budak enam tahun terkunci di kereta ketika tidur