Majlis hari raya siap ada pondan menari separuh bogel

Majlis hari raya siap ada pondan menari separuh bogel. Polis menahan seorang selebriti media sosial (instafamous) kerana disyaki terbabit dalam kejadian tular pondan menari separuh bogel dan pembakaran bunga api sehingga mengganggu ketenteraman awam di dewan sebuah kawasan perumahan di sini Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, berkata tangkapan ke atas suspek susulan laporan polis dibuat Badan Pengurusan Bersama (JMB) perumahan itu.

“Penganjur (suspek) dikenali dengan panggilan Cik Lala adalah individu yang menyewa unit terbabit dengan kos RM4,000 untuk Majlis Hari Raya dengan jemputan kira-kira 50 orang kenalannya.

“Siasatan mendapati, tarian oleh penari pondan separuh bogel dan pembakaran bunga api itu adalah dianjurkan oleh penganjur sendiri.

“Suspek ditahan semalam dan direman sehingga 31 Mei untuk siasatan lanjut. Polis juga sedang dalam tindakan untuk melakukan beberapa lagi tangkapan,” katanya satu kenyataan hari ini.

Majlis hari raya siap ada pondan menari separuh bogel

Mohd Iqbal berkata, pihak JMB membuat laporan polis 28 Mei lalu selepas mendapat ‘WhatsApp’ mengenai aktiviti tarian separuh bogel oleh penari pondan dan pembakaran bunga api di sebuah dewan di situ.

Katanya, mengikut pihak terbabit, perlakuan itu boleh menjatuhkan imej kawasan berkenaan sebagai satu tarikan pelancong di Selangor.

“Siasatan awal mendapati, kejadian berlaku pada 27 Mei sekitar jam 8 hingga 11.30 malam.

“Sekumpulan lelaki pondan membuat tarian separuh bogel diikuti bunyi muzik yang kuat serta terdapat pembakaran bunga api di kawasan awam berhampiran rumah penduduk.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 6 Akta Bahan Letupan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia,” katanya.

Beliau berkata, sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Inspektor Nur Syuhada di talian 017-6942736.

Terdahulu, tular beberapa video pondan menari dalam keadaan separuh bogel dan pembakaran bunga api.