[bg_collapse view=”button-orange” color=”#4a4949″ expand_text=”Tags” collapse_text=”Tags” ]Majlis kahwin jadi super meriah bila geng datang buat hal, bawak hadiah buat pengantin gelak. Bila masuk musim cuti sekolah atau cuti perayaan yang panjang, mula lah berderet jemputan kahwin kena pergi kan? Kena ikut mak pergi jemputan anak jiran lah, sedara kahwin lah, dan lagi meriah kalau kawan yang kahwin!majlis kahwin simpledoa majlis kahwin,majlis kenduri kahwin,katering majlis kahwin,hadiah kahwin untuk kawan,hadiah untuk orang kahwin,idea hadiah kahwin, kahwin bawah rm50, hadiah orang kahwin, contoh hadiah kahwin, hadiah kahwin 2020, hadiah kahwin untuk kawan perempuan, kursus kahwin online, hantaran kahwin, baju kahwin, hadiah untuk lelaki, hadiah untuk ibu, hadiah untuk perempuan, hadiah hari jadi, hadiah untuk kawan perempuan, hadiah kahwin, kotak hadiah, hadiah birthday untuk lelaki, ayam masak merah kenduri, resepi ayam masak merah kenduri, kenduri kahwin, kenduri in english, sop kenduri kahwin, baju pengantin, baju pengantin perempuan, kasut pengantin, selamat pengantin baru, ucapan selamat pengantin baru, ucapan pengantin baru, aksesori pengantin, baju pengantin songket, eksesori pengantin.[/bg_collapse]
Majlis kahwin jadi super meriah bila geng datang buat hal, bawak hadiah buat pengantin gelak. Bila masuk musim cuti sekolah atau cuti perayaan yang panjang, mula lah berderet jemputan kahwin kena pergi kan? Kena ikut mak pergi jemputan anak jiran lah, sedara kahwin lah, dan lagi meriah kalau kawan yang kahwin!
Macam-macam kena ready kalau kawan nak kahwin ni. Baju nak kena sedondon…itupun kalau majlisnya waktu bersanding je. Kalau dah dijemput daripada malam berinai bagai, lagi lah meriah!
Satu lagi benda penting yang kena ada bila menghadiri majlis kahwin kawan ni ialah duit ‘salam kaut’ dan hadiah. Selalunya bila salah seorang kawan dalam geng akan berkahwin, yang lain mesti dah siap-siap plan nak bagi hadiah apa nanti. Macam satu video perkongsian di laman TikTok ini, hadiah daripada kawan-kawan pengantin ni ‘meriah’ betul sampai boleh buat ramai jealous!
Perkongsian daripada saudara M Fahmi ini telah berjaya membuat ramai terhibur dengan perangai para sahabatnya yang meriah bawa hadiah masing-masing ke majlis perkahwinannya.
” Sila sambong bayooo! “
Jika dilihat segala hadiah yang diberi oleh kawan-kawannya itu, semuanya merupakan barang dan alatan kelengkapan rumah yang terdiri daripada barang-barang seperti penapis air, tong gas, dapur gas, periuk memasak dan macam-macam lagi!
Gelagat mereka yang ‘buat hal’ di majlis kahwinnya itu berjaya buat ramai terhibur dengan hadiah-hadiah yang diberi. Walaupun nampak macam lawak dan menghiburkan, tetapi sebenarnya hadiah-hadiah yang diberi itu semuanya sangatlah function untuk kegunaan kedua-dua mempelai nanti.
Video berdurasi 27 saat itu telah berjaya meraih jumlah tontonan sebanyak 3.5 juta dalam masa kurang sehari! Di ruangan komen, ramai yang terhibur dengan gelagat mereka tetapi ramai juga yang meluahkan rasa cemburu dengan si pengantin kerana bertuah dapat kawan baik macam mereka ni.
Baca:
Bengang suami kahwin lain, isteri roboh rumah dibina atas tanah mentua
15 kesilapan biasa ibu bapa dalam mendidik anak-anak, kita dahulu pernah rasa