Majlis Ulama Indonesia keluar fatwa haram beri wang kepada pengemis jalanan

Majlis Ulama Indonesia keluar fatwa haram beri wang kepada pengemis jalanan

Sebuah pertubuhan ulama Indonesia baru-baru ini mengeluarkan fatwa yang mengatakan hukum memberi wang kepada pengemis di jalanan adalah haram, lapor laman berita Coconuts semalam.

Majlis Ulama Indonesia (MUI) Sulawesi Selatan yang merupakan antara badan ulama tertinggi dan paling berpengaruh di negara itu mengeluarkan fatwa tersebut minggu ini.

Ia adalah berdasarkan tafsiran undang-undang dan ajaran Islam. Menurut majlis itu, pemberian wang kepada pengemis hanya membuatkan serta membolehkan mereka terus mengemis.

Majlis Ulama keluar fatwa haram beri wang kepada pengemis jalanan

Gambar hiasan menunjukkan seseorang menerima wang kertas Indonesia. – Republika

“Pemberian wang kepada pengemis jalanan menyokong tindakan mereka dan pada masa yang sama gagal untuk mendidik kumpulan itu untuk membina akhlak yang baik,” kata Setiausaha Agung MUI Sulawesi Selatan, Muammar Bakri

Beliau menambah, perbuatan itu adalah satu dosa kepada pemberi dan juga penerima.

Terdapat banyak laporan mengenai sindiket yang mengambil bahagian daripada wang yang diberikan kepada pengemis jalanan, termasuk kanak-kanak di Indonesia.

Malah, terdapat juga fenomena orang kaya yang pergi ke bandar-bandar besar untuk mengemis memandangkan lebih mudah meraih simpati orang ramai berbanding bekerja seperti biasa.

Dalam fatwanya, MUI memberi amaran bahawa mereka yang meminta-minta walaupun berkemampuan dari segi fizikal dan mental dianggap melakukan dosa yang lebih besar.

Tambahan pula, kehadiran pengemis jalanan juga boleh mengganggu keselamatan dan ketenteraman di kawasan awam.

MUI menasihatkan orang ramai untuk menyalurkan wang mereka melalui pertubuhan amal yang dipercayai.

BACA JUGA : Betul-betul ‘anak jantan’, lelaki serang 11 harimau
Kisah keluarga Diraja Arab Saudi, apa yang akan berlaku selepas ini?
[VIDEO] Warga emas makan sampah sebagai alas perut kerana terlalu lapar

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )