Mak ayah tak bagi masuk rumah, remaja tidur di koridor, buang najis pun situ

Viral Remaja Tidur Di Koridor Flat Sebab Mak Ayah Tak Bagi Masuk Rumah

Tular di media sosial seorang pelajar Tingkatan 1 terpaksa tidur di koridor hadapan rumahnya dipercayai kerana dihalau ibu bapa.

Menerusi perkongsian di group komuniti kawasan terbabit, jiran memaklumkan remaja lelaki itu sudah beberapa hari tidak dibenarkan masuk ke dalam rumah.

Dalam aduan itu, jiran meminta pendapat orang ramai kerana terlalu simpati melihat remaja terbabit. Sampaikan remaja itu terpaksa buang air besar di tangga.

Budak ni baik, walaupun kena halau rumah tetap pergi sekolah. Pada saya ini dah jadi kes pengabaian kanak-kanak dan ibu bapa boleh dipenjara.

Lebih menyedihkan apabila makan pun di atas ihsan jiran tetangga kerana remaja terbabit telah diabaikan ibu bapa sendiri.

Baca : Abby Abadi dah kurus! nampak muda 20 tahun