“Mak cakap duit UMNO haram.” Begitulah antara mesej yang diterima Setiausaha Agung UMNO, Dr Asyraf Wajdi apabila mahu sampaikan sumbangan kepada remaja yang memerlukan di Kelantan.
Beliau berkongsi pengalaman itu didalam laman sosial facebook miliknya.
Berikut perkongsian beliau :
“Mak cakap duit UMNO haram.”
“Minta maaf Afiq (bukan nama sebenar) tak boleh terima pertolongan dari Dr Asyraf takut mak marah”.
Ini adalah sebahagian daripada perbualan whatsapp antara seorang Hamba Allah yang menghubungi saya untuk mendapatkan bantuan dengan adik Afiq (bukan nama sebenar) yang berumur 17 tahun.
Kisahnya begini. Apabila saya post video mengenai dua beradik yang terpaksa berniaga untuk menyara keluarga, ada seorang hamba Allah (Puan X) komen dan minta tolong saya.
Katanya ada kes serupa yang berlaku di Pasir Mas Kelantan.
Saya minta Puan X bagi maklumat. Katanya dia pernah bantu adik Afiq (nama sebenar ditutup untuk elakkan fitnah) pelajar tingkatan 5, abang kepada 4 adik-adik yang lain.
Bapanya sudah meninggal dunia manakala ibunya berada di hospital kerana penyakit kencing manis yang kronik.
Kisah ni benar-benar meruntun jiwa saya kerana saya juga punya anak-anak sebaya mereka.
Justeru tanpa teragak saya mahu hulurkan bantuan wang tunai yang sudahpun diserahkan kepada sahabat saya Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas untuk diserahkan
Namun malangnya adik Afiq ini berkali-kali menolaknya kerana takut dimarahi ibunya penyokong kuat parti berlabel agama kerana didakwa ‘WANG DARIPADA UMNO ADALAH HARAM”.
Saya ikhlas membantu kerana kasihan dengan nasib 5 anak-anak kecil yang bagaikan tiada pembelaan tanpa langsung memperkirakan warna parti.
Prinsip saya selagi mereka orang miskin dan fakir, tidak kira ideologi parti mahupun kaum, wajib dibantu. Namun akibat taksub berpolitik, sanggup mendoktrinasi pemikiran anak-anak sehinggakan takut nak terima bantuan walaupun mereka melarat,
Mohonlah para pimpinan agar dapat menjernihkan pemikiran pengikut-pengikut supaya titik noktahkan politik taksub membenci dan sesat menyesatkan antara satu sama lain hingga anak kecil tidak berdosa pula dimangsakan.
Baca juga : Langkah Dubai makan diri, lapan lagi ahli parlimen PN dijangka sokong Anwar