Omelette yang dijual dengan harga RM13 oleh seorang peniaga makanan telah menjadi perhatian ramai dan menghadirkan pelbagai maklum balas netizen.
Peniaga tersebut turut menunjukkan cara memasak dan bahan-bahan yang digunakan untuk membuat omelette tersebut sehingga ‘layak’ berharga RM13.
@daniasedek Replying to @. ♬ original sound – Dania Sedek
Jualan meningkat hingga 200 set sehari
Namun begitu, walaupun teruk dikecam di media sosial, peniaga dikenali sebagai Dania Sedek telah memaklumkan yang jualan telur dadar Thai di kedainya meningkat sehingga terjual 200 set dalam masa sehari.
“200 Set Telur Sold Out today”
Terima Kasih Allah Ya Allah , Rezeki semua Pejuang Niase …
“Semoga Asbab Thai Omelette Niase, Menjadi punca rezeki peniaga lain. Terutama peniaga yang mengutuk mengejek & menganjing buat video . Semoga Allah Limpahkan kalian dengan rezeki meluak2 . Amin Ya Allah.
“Saya xmarah. Saya cume kesian . Pasai x tentu hala dh sayu Malaysia dek kerana TELOQ NIASE” tulisnya.
Tak menang tangan goreng telur
Dia juga akui tersenyum bahagia apabila tidak henti menerima pesanan telur dadar tersebut selepas isu berkenaan viral di media sosial sehingga dapur tempat menggoreng hangus.
Dia juga meminta orang ramai yang menghinanya kini menunggu waktu untuk melihatnya berjaya membuka sebuah restoran mewah suatu masa nanti.
Terdahulu, video yang dikongsi peniaga berkenaan telah tular di media sosial sehingga menerima kecaman ramai.
Mana tidaknya, telur dadar yang dijual di kedai masakan Thailand miliknya berharga RM13 dan dianggap terlalu mahal memandangkan bahan-bahan yang diisi dalam bancuhan telur tersebut mudah didapati diluar.
Baca Selanjutnya : Kota Bharu pula jadi ‘port’ orang asing melepak