Malaysia Disenarai Tempat Ke-3 Mati Di Jalanraya, Lapor Kajian

Oleh Admin 01

Malaysia adalah sebuah negara yang dipenuhi dengan kereta dan motosikal. Tidak kira di bandar mahupun kawasan kampung, jalanan sering dipenuhi dengan pacuan empat roda yang bergerak melaju menuju destinasi.

Walaupun pemanduan secara berhati-hati sudah diterap sebelum seseorang itu mengambil lesen, tetapi tahukah anda bahawa Malaysia berada di tangga ke-3 dalam senarai negara di mana pengendara motosikal atau pemandu kereta berkemungkinan besar akan mati di jalan raya.

Dalam kajian yang dijalankan oleh perkhidmatan langganan kereta FINN, ia menganalisis jumlah kematian akibat kemalangan kereta di setiap negara dan meletakkan negara paling berbahaya mengikut kematian setiap 100,000 orang.

Malaysia adalah antara negara yang merekodkan statistik terburuk mengikut metrik yang disebutkan di atas. Kita mencatatkan 22.48 kematian bagi setiap 100,000 orang dan meletakkan diri kita sebagai negara ketiga dalam senarai negara yang orang akan mati di jalan raya.

Baca : Betul Ke ‘Anakonda’? Perhilitan Beri Respon Mengenai Ular Besar Yang Tular, Penyebar Video Mohon Maaf

Di tempat pertama adalah Arab Saudi dengan catatan 35.94 kematian jalan raya bagi setiap 100,000 orang, manakala jiran kita Thailand merekodkan 32.21 kematian jalan raya bagi setiap 100,000 orang.

Kajian yang sama juga menyenaraikan 20 jalan paling selamat di dunia, dengan Iceland mendahului carta dengan hanya 2.05 kematian yang direkodkan bagi setiap 100,000 orang. Norway berada di tempat kedua dengan Switzerland, Ireland dan Sweden melengkapkan lima senarai jalan raya paling selamat di dunia.

Jepun ialah satu-satunya negara Asia yang berjaya masuk ke dalam senarai 10 jalan paling selamat dengan meletakkan diri di tempat ke-7.

Metodologi kajian merangkumi negara anggota OECD dan negara maju dengan HDI melebihi 8. Manakala kematian bagi setia pengendara motosikal atau pemandu kereta direkodkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia atau WHO. Selain itu, WHO turut merekodkan peratusan kematian akibat tidak memakai tali pinggang keledar atau disebabkan alkohol.

Baca Selanjutnya :