Pihak berkuasa Indonesia telah menahan 12 orang termasuk seorang anggota polis dan seorang pegawai imigresen yang dituduh memperdagangkan 122 orang warga Indo ke Kemboja untuk menjual buah pinggang mereka, lapor Reuters.
Suspek didakwa melanggar undang-undang pemerdagangan manusia Indonesia dan berdepan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda sehingga 600 juta rupiah jika sabit kesalahan.
Mereka dituduh merekrut warga Indonesia melalui media sosial dan menghantar mangsa ke Kemboja untuk pembedahan buah pinggang sambil dijanjikan 135 juta rupiah (RM41,000) setiap seorang, lapor unit siasatan jenayah di Polis Jakarta.
“Mangsa bersetuju untuk menjual organ mereka kerana mereka memerlukan wang. Kebanyakan mereka kehilangan pekerjaan semasa wabak tahun lalu,” kata Polis Jakarta.
Melalui perkongsian @DataLabs89 di laman Twitter, difahamkan bahawa sindiket ini kemudiannya mendermakan organ tersebut kepada negara seperti India, Malaysia dan China.
Tambahnya lagi, dalam sindiket ini terdapat mereka yang merekrut, menampung, dan mengatur perjalanan mangsa. Manakala sebahagian lagi akan menghubungkan mangsa dengan sebuah hospital di Kemboja.
Untuk rekod, Indonesia tidak asing lagi dengan isu pemerdagangan manusia, terutamanya mereka yang datang dari kumpulan buruh dan selalunya melalui paksaan berasaskan hutang.
Indonesia is no stranger to human trafficking, mainly for labor. How about the trade in human organs?
Feedback appreciated 🙏#tableau #datafam #spatialanalytics #dataviz pic.twitter.com/nXB80g85Bb
— Tedy Iskandar (@DataLabs89) July 23, 2023
Pada 2019, pihak berkuasa menahan lapan orang berhubung kejadian pemerdagangan manusia terbesar di negara itu, dengan kira-kira 1,200 mangsa dibawa ke luar negara kononnya bakal bekerja sebagai pembantu rumah.
Baca Selanjutnya :
PENTING! :Sakit Hati Bila Maybank MAE Buat Masalah? Rupanya Ada Sesuatu Sedang Berlaku!