Diberi gelaran ‘General’, nama Malique kembali meletop dengan penggunaan bahasa-bahasa klasik dan bombastik di dalam lirik lagunya. Menggemparkan para netizen, kemunculan lagu bertajuk ‘Sedih Hati’ mula tular di media-media sosial.
Dikatakan berhantu dan seram kerana dimulai suntikan lagu ‘Ratapan Anak’ nyanyian seorang yang pernah menggegarkan Malaysia dengan kes pembunuhan ngeri seorang ahli politik, iaitu Mona Fandey.
Rata-rata warganet teruja dengan lagu terbaharu Malique itu, termasuk di Tiktok yang sinonim platform media sosial BBNU.
@sirmenung SEDIH HATI beserta liriknya… Ramai yang request… Yang ruwaibidhah semoga dilaknat.. #CapCut #sebataspuisi #last #fypシ゚ #maliqueibrahim #sedihhati #fyp
Para Netizen mula membuat pelbagai tafsiran dan bermulalah sesi ‘bedah lagu’.
Antara komentar netizen;
“kena tengok kamus dewan ni😁”
“Yang pertama rasa seram sebab dengar suara arwah mona fandey bila sampai ke malique rasa tenang. Padu lagu nie”
“Lagu Sedih Hati ni rasanya utk rakyat since covid 19 meranapkan jiwa dan fizikal. Ditambah pula negara dalam gawat ekonomi dan politik.”
“Jgn lihat yg seram tp lihat “isinya” yg perlu diselam☝🏻”
“Hint diberi SEWAKTU pemerintahan korup yang dilakukan semasa pkp dahulu. politikus. deep Mr general 🔥”
Video sedutan lirik lagu tersebut juga turut di muat naik di youtube;
https://www.youtube.com/watch?v=ZA51ou6F83Y
Genre Hiphop Malaysia kembali diberi Nafas setiap kali kemunculan lagu baharu Malique, dan pastinya mood lagu yang ditampilkan itu adalah amat berbeza. Malah lirik lagu yang ditulis Malique mempunyai maksud yang mendalam dan berat.