Mana tak cuak bila ‘hantu gunung’ ni muncul depan mata

Pihak berkuasa Afghanistan telah menangkap seekor harimau bintang salji yang jarang ditemui di timur laut pergunungan negara itu pada Khamis lepas.

Walaubagaimanapun, harimau tersebut akan dilepaskan semula ke hutan selepas dilaporkan membunuh berpuluh-puluh haiwan ternakan, menurut kumpulan pemuliharaan.

Abdulrahman Kasra, Timbalan Gabenor wilayah Faizabad, mengumumkan bahawa harimau bintang salji yang terancam tersebut berjaya ditangkap selepas terperangkap dalam kandang ternakan di daerah luar bandar Zibak.

Mana tak cuak bila 'hantu gunung' ni muncul depan mata

Beliau berkata, “Harimau bintang itu dibawa ke ibu kota wilayah Faizabad dan ditahan di perkarangan gabenor.”

Khorosh Sahel, Ketua Pejabat Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar di Badakhshan, pula menyatakan bahawa seorang doktor haiwan telah merawat kecederaan kecil pada haiwan itu dan ia akan dilepaskan semula ke hutan.

“Pihak berkuasa berjanji kepada kami bahawa mereka akan melepaskan harimau bintang itu kembali ke daerah Zibak tidak lama lagi,” katanya .

Pergunungan timur laut Afghanistan merupakan salah satu daripada beberapa habitat harimau bintang salji yang sukar difahami dan dikenali sebagai `hantu gunung’.

Spesies tersebut disenaraikan sebagai spesies `terancam’ oleh Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Semula Jadi (IUCN), dengan bilangannya berkurangan disebabkan oleh kesan perubahan iklim, kehilangan habitat, dan pemburuan haram.

Pakar memberi amaran bahawa suhu yang lebih panas boleh mendorong petani untuk bergerak lebih jauh ke atas gunung untuk menanam tanaman dan menjaga ternakan, sehingga menceroboh wilayah harimau salji.

Dalam kejadian yang sama tahun lalu, kira-kira 40 haiwan ternakan dilaporkan dibunuh oleh harimau bintang salji di Badakhshan.

Baca Juga : ‘Dah lama saya pendam, kali ni saya akan ceritakan’