Mangsa banjir sangat berisiko tinggi terkena renjatan, Suruhanjaya Tenaga beri panduan keselamatan

Mangsa banjir sangat berisiko tinggi terkena renjatan, Suruhanjaya Tenaga beri panduan keselamatan. Suruhanjaya Tenaga (ST) menasihatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati dengan risiko renjatan elektrik daripada kebocoran arus yang mungkin berlaku di sekitar kediaman terutamanya di musim hujan dan banjir yang sedang melanda negara ketika ini.

ST berkata, sekiranya didapati terdapat kejanggalan pada pepasangan elektrik seperti penebat wayar yang koyak, orang ramai disarankan untuk melaporkan kepada pihak utiliti bekalan tersebut.

“Sebelum banjir, sekiranya mempunyai masa sebelum diarah berpindah, matikan bekalan masuk utama ke rumah di papan agihan dengan meletakkan suis utama ditutup dan cabutkan palam kuasa daripada soket kuasa semua kelengkapan elektrik.

“Sekiranya rumah anda dipasang dengan sistem panel solar fotovoltaik (PV) atau pagar elektrik, matikan sistem tersebut sebelum anda keluar rumah.

“Pastikan menyimpan nombor telefon pejabat kecemasan seperti nombor balai polis, bomba, hospital dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang berdekatan dan pastikan nombor tersebut mudah diakses semasa kecemasan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Tambah suruhanjaya berkenaan, semasa banjir, orang ramai dinasihatkan untuk tidak melalui kawasan yang mempunyai talian tenaga itu ketika paras air meningkat kerana berisiko menyebabkan renjatan.
Jelasnya, mereka dilarang sama sekali untuk mengalih atau membaiki tiang elektrik tumbang atau taliannya yang putus atau jatuh ke tanah.

“Selepas banjir, jangan gunakan kelengkapan elektrik yang terendam di dalam air atau pastikan semuanya diperiksa dan berkeadaan kering sebelum menggunakannya. Elakkan menggunakan kelengkapan elektrik yang diragui keselamatannya.

BACA JUGA:

Basmi tabiat bazir dan tiris, bermula dengan hentikan amalan runding terus seperti projek-projek KASA di bawah pimpinan PAS sebelum ini, tegas Anwar

Baca berita-berita baik untuk rakyat Malaysia, hasil kestabilan Kerajaan Perpaduan dan aura Anwar sebagai pemimpin negara

Jangan tak percaya, ramai keliru PERKESO dan SOCSO, wajib baca kalau tidak mahu rugi lagi