Marsha dapat pujian humble rumah punya la lawa

Baru-baru ini, satu video viral menunjukkan kemewahan dan kemegahan rumah penyanyi terkenal, Marsha Milan Londoh, yang terletak di Petaling Jaya.

[expander_maker id=”1″ ]

Dalam video yang dimuat naik di TikTok, seorang individu yang dikenali sebagai Saiful Maun nampaknya dijemput ke kediaman pelantun lagu ‘Kembali Terang’ itu.

Saiful dengan bangga memberikan ‘house tour’ yang memaparkan kemewahan banglo mewah tiga tingkat tersebut.

Marsha dapat pujian humble rumah punya la lawa

Apa yang mencengangkan adalah setiap ruang di dalam rumah itu dihiasi dengan pelbagai peralatan rumah yang cantik dan mewah. Rumah mewah Marsha dilengkapi dengan kolam renang, bilik karaoke, dan panggung wayang.

Dalam ruang komen, netizen secara amnya terkesima dengan kemewahan rumah tersebut yang diyakini sebagai milik arwah bapa mentuanya, Datuk Seri Mohamed Ismail Mohamed Othman.

Mereka juga memuji Marsha, yang berusia 38 tahun, yang kelihatan sangat ‘humble’ dan bersahaja, memilih untuk berpakaian ‘simple’ dan tanpa solekan.

Baca Juga : ‘Isteri saya tidak akan potong gaji saya’ pelakon popular akui gagal pecah rekod

[/expander_maker]